Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.
Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. BERNAMA
Komen GPB
- Mengapa baru sekarang puak-puak yang mengaku pewaris Kesultanan Sulu ini ceroboh kedaulatan negara kita dan selepas itu mahu ugut kerajaan Malaysia ??
Siap dengan berpakaian tentera & bersenjata di negara kita. Kebetulan pulak PM melakukan lawatan kerja ke Sabah .
Siap dengan berpakaian tentera & bersenjata di negara kita. Kebetulan pulak PM melakukan lawatan kerja ke Sabah .
- Adakah mereka hendak mengagalkan usaha PM DS Najib Tun Razak yang menjadi orang tengah dalam membantu bangsa Moro di Mindanao mendapat autonomi daripada Filipina ? Seperti kata IGP , sepatutnya mereka menuntut secara diplomatik bukannya melalui cara ala militan seperti ini .
- Jika Malaysia bertindak tegas memerangi pencerobohan mereka ini dengan kekerasan , imej negara & keadaaan keselamatan di Sabah pasti tidak akan tenang selepas ini .
Pembangkang terutama Anwar pasti akan jadikan ini sebagai senjata memburukkan kerajaan dalam usahanya menawan Sabah untuk Pakatan .
Pembangkang terutama Anwar pasti akan jadikan ini sebagai senjata memburukkan kerajaan dalam usahanya menawan Sabah untuk Pakatan .
- GPB harap konflik ini akan diselesaikan dengan cara baik .
Yg saya tak faham, apa yg buat mereka fikir Malaysia akan usir rakyat keturunan Sulu dari Sabah?
Siapa yg sebarkan cerita itu kepada mereka?
Jika mereka yg menceroboh tu nak tinggal di Sabah utk selama-lamanya (spt yg mereka cakap semalam), kenapa tak pohon status sebagai warganegara Malaysia?
atau... mereka nak ambil Sabah semula dari Malaysia?
then lepas ni... Sultan Brunei pulak akan tuntut S'wak semula?
Mereka dah lupakah Keputusan Referendum 1962? Rakyat Sabah dan Sarawak sendiri yg pilih utk join Malaya. Malaya TAK PERNAH rampas Sabah dan S'wak dari mereka.
blog sampah