Sikap Guan Eng boleh buat P.Pinang jatuh ke tangan BN

on Tuesday, February 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang walaupun ianya bukan perkara mudah.

 Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri.

 "Ia bukannya mustahil, tetapi ia bukan mudah kerana kita menerima hakikat kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera BN Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang sememangnya tidak lagi gemar dengan kepimpinan Guan Eng yang disifatkan seperti memonopoli semua perkara termasuk penggunaan nama negeri Pulau Pinang.

 "Hendak menggunakan nama negeri pun kini terpaksa dirujuk kepada beliau dan inilah tafsiran rakyat walau apa sekali pun alasan yang diberikan (oleh Guan Eng)," katanya.


 Bagi BN, kerajaan pusat mementingkan bantuan kepada rakyat dan disebabkan itu rakyat mula membuka mata kerana ia telah memberi impak besar kepada kumpulan sasar, katanya. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata inisiatif kerajaan pusat seperti program transformasi, bantuan kepada kumpulan sasar dan sentuhan nadi merupakan sesuatu yang agak digeruni pihak pembangkang.

 Beliau berkata terdapat satu perubahan yang jelas di kalangan rakyat Pulau Pinang berbanding dahulu kerana beberapa golongan masyarakat tidak berpuas hari tentang apa yang berlaku di negeri ini dan ini ada impak daripada segi tahap sokongan yang BN dapat.


 "Namun kita perlu beri penjelasan, penerangan tentang isu berbangkit supaya tiada pihak yang eksplotasi pemikiran rakyat sehingga mereka terkeliru.

 "Kekalahan kita dahulu bukan kerana pihak pembangkang kuat, tetapi ada isu dalaman di kawasan itu yang kini dapat diselesaikan.

Ada peningkatan sokongan dan kecenderungan untuk kembali menyokong BN agak jelas sekarang berbanding dahulu," katanya. Sementara itu, semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) negeri, Muhyiddin mengingatkan jentera PDM supaya jangan berbalah, tetapi perlu sentiasa bekerjasama bagi memperkukuhkan BN negeri. "Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah.

Kalau rasa ada tidak seronok atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis itu. Katanya jentera PDM adalah hulubalang "untuk berperang" pada pilihan raya umum nanti dan dengan itu perlu fokus bagi memastikan BN kekal sebagai sebuah kerajaan. "Kita telah hantar jentera PDM untuk berkursus...Inilah masanya untuk terjemahkan kepada rakyat terutama pengundi di kawasan mereka...pengundi adalah 'raja' yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan BN. "Tapi saya percaya tahap kesiapsiagaan PDM di Pulau Pinang berada pada momentum terbaik dan mereka telah lama bekerja keras demi kejayaan parti," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Saya minta izin .
    Setelah memerhatikan mengikut aliran masa semenjak 2008 dan juga meninjau perkembangan tempog masa 24 bulan yang lalum saya cadangkan bahawa kalau atas sikap Ah Beng sahaja, mustahil BN dapat balik memerintah PP.
    Ah Beng telah memberi makna " has given racism and chauvinsm a human face".
    Saya telah menulis beberapa ulasan di Malaysia Digest untuk menjawab mengapa najib tidak akan berjaya..
    2013 PRU memang amat kritikal bagi Islam Melayu dan masa dah terlambat untuk nak mengandaikan PP jatuh kerana atas sikapnya yang kurang menyelerakan dan kurang menyenangkan rakyat ABT, satu makhluk yang ada jawatan dalam Parti Politik yang hanya ada 100,000 ahli sahaja.
    Tetapi pengaruh nya sudak mengkagumkan hampir 6 juta orang cina dan dll bangsa.
    BN dan najib memerlukan lebih pada "sikap kurang asam" untuk menang kuat PRU 13.
    arjuna waspada
    changkat lobak

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.