3 lelaki disyaki penganas ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan !!

on Friday, February 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat, seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu.
Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit.
Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian.
Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi.
"Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan,"


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.