Alumni UITM kecewa budak Cina tunjuk isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong !

on Thursday, February 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Lebih 700,000 alumni, warga kerja dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap tindakan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lepas.
Timbalan Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata perbuatan suspek berusia 29 tahun itu merupakan satu penghinaan kepada seluruh institusi raja Melayu dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.
"Secara langsung ia adalah satu penghinaan terhadap warga kerja, pelajar serta alumni UiTM di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor UiTM.
"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu atas perbuatan melampaunya,"katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di  Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini petang Rabu.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Isnin lepas, suspek yang juga graduan  universiti di Scotland dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketikakenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
Lelaki itu dikatakan bertindak demikian selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.
Suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mengenai kesopanan di tempat  awam, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda atau  kedua-duanya sekali.
Ahmad Shafee berkata laporan polis itu juga dibuat bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya memperlekeh kesultanan Raja Melayu.
"Kadang-kadang kita rasa dihina, bila mereka lakukan perbuatan biadap dengan satu perkataan 'maaf' sahaja kita dah maafkan, lain kali orang lain juga akan  lakukan perkara yang sama juga.
"Kami harap perbuatan biadap ini diambil serius dan meminta polis menyiasat  serta mengambil tindakan sewajarnya berpadanan dengan tindakan lelaki itu,"katanya. --BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.