Anwar malu besar, akhbar Australia balun Xenophon sebagai bodoh !! !!

on Monday, February 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 - Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak "bodoh atau sengaja mempromosi diri" berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal".

Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang".

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

"(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

"Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana". - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.