Hot ! Giliran Ostazah Puziah PKR gadai kalimah Allah kepada Kristian

on Wednesday, February 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. 
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

 “Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. 
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.
Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim  asalkan tidak menghina Islam.   
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 
Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 
Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 
Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. 
Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana  digunakan sejak zaman Jahiliah.
“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.
“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau. 
Fuziah  berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung. 
“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua  peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak arahan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Kristian akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah. 
KDN kini merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.   
Penggunaan kalimah Allah menjadi modal politik untuk pembangkang, khususnya DAP dan PKR yang mensasarkan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. 
Kira-kira 40 peratus rakyat Sarawak dan 30 peratus rakyat Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi harapan PKR dan DAP untuk memenangi  sejumlah besar kerusi di dua negeri itu. 


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Bodo punya poziah thoron... jangan follow nuar brahim la..

  2. Anonymous says:

    Kepala otak ko la... Bukan hak Mutlak org Islam? Mana punya fatwa ko pakai? Ni la setan berzahir manusia.

  3. Anonymous says:

    Orang melayu/islam sekarang demi jawatan TB,syirik pun apa ada hal,kan Fauziah oiiiiiiiii,Termasok yg mengaku ULAMAK dalam PASS.
    Dunia akhir zaman,agama boleh dijual beli.INIKAH petanda DAJJAL dah menjelma!

  4. Anonymous says:

    Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.
    “Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau. Saya amat terkejut dengan kenyataan seorang ustazah maka saya ingin bertanya "Apakah agama Nabi Adam AS. Mengapa begitu cetek ilmu uustazah ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.