Gelaran Ayahanda saya bukan nak jadi gengster -Zed Zaidi

on Friday, February 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.
“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.
“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dianugerahkan pangkat ‘ayahanda’ oleh Epanco pada Ahad lalu.

Pertubuhan berdaftar itu bertujuan memelihara agama Islam selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Zed berkata, dia tidak perlu berasa bimbang dengan gelaran tersebut kerana ia tiada kaitan dengan unsur gengsterisme seperti yang sering disalah ertikan oleh masyarakat.
“Tiada apa yang perlu saya takut dengan gelaran ini. Saya sendiri panggil bapa saya dengan gelaran ayahanda, adakah bapa saya ketua gengster?
“Sebelum ini pun saya terima pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) daripada Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia) dan ia lebih kurang sama juga dengan pangkat ini (Epanco).
“Cuma istilah sahaja berbeza kerana kebanyakan pertubuhan Melayu memilih istilah ‘ayahanda’ sebagai simbolik seorang ketua,”katanya.
Zed berkata, susulan penganugerahan itu dia bertanggungjawab untuk menarik golonganmuda Melayu dan memberikan bimbingan kepada mereka menceburi bidang perniagaan atau politik mengikut kecenderungan masing-masing.~ mStar


One Response

  1. Unknown says:

    http://tegurkeranasayang.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.