Penerima BR1M sama seperti haiwan satu penghinaan

on Friday, February 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





- Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti haiwan, jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu juga amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.


Menurutnya, Nik Aziz sebagai ulama seharusnya mengajar konsep berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan.

''Beliau juga patut ajar erti bersyukur dengan rezeki yang Allah beri daripada manusia atau pemimpin yang terbuka hati untuk memberi bantuan.

"Jelas kenyataan beliau satu bentuk penghinaan kepada rakyat dan menyamakan mereka dengan haiwan amatlah keterlaluan," 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.