Memalukan ! Rakyat Malaysia jadi tauke rumah pelacuran di Sydney !

on Tuesday, February 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes "perhambaan seks", mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.
Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.
Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.
Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.
"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.
"Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka".
"Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas "tempoh singkat", Wong didakwa megugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia "wanita baik" dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.
Beliau berkata perkara itu merupakan "pertikaian perusahaan" dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.
Perbicaraan di hadapan Hakim Deborah Sweeney bersambung. -BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.