Hot!! Najib dah beri petanda pembangkang gagal tawan Putrajaya

on Friday, February 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.

"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti
Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.- Bernam


One Response

  1. Anonymous says:

    ape? anwar igt ni negara BAPAKKK dier pnya sbb nak bt demo mcm kat Mesir?
    wpon UMNO tu ada yg baik n x baik tp koman2 x gadai maruah agama, bangsa n negara
    undi pembangkang semata2 nak tol free, blajar free, intenet free? WTF!!
    selama ni pon syukur ape yg ada..pemerintah x halang umat Islam beribadat n keluarkan perintah kuarkan zakat..Islam agama rasmi..tu yg penting
    biarlah kami blajar berbayar, internet berbayar n harga keta stabil drpd kena gada kat golongan peng'kangkang' yg ada PHD tahap ultra

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.