Nizar tipu : Guan Eng terus tipu Melayu PP dalam isu tanah - siri 2

on Thursday, November 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Azhar Ibrahim menunjukkan salinan soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng pada Sidang DUN pada Ogos lalu sambil diperhatikan oleh semua 11 ADUN Barisan Nasional pada sidang akhbar di pejabat Perda, di Butterworth, semalam.
























BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.

Tegasnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

"Ia bukan satu perkara yang sukar, kalau ya kata ya, kalau tidak katakan tidak. Bukannya buat tak faham sahaja sedangkan isu ini telah dibangkitkan sebanyak dua kali.

"Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersedia untuk membahaskan perkara ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula tidak lama lagi, kita semua nak tahu perkara sebenar.

"Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat telah diberi fakta yang tidak tepat pada sidang DUN lalu dan ia sepatutnya tidak berlaku di dalam dewan yang mulia itu, jangan sembunyikan apa-apa maklumat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menggesa Guan Eng menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tanah itu di pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.

Semalam ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN pada sesi dewan akan datang sekiranya didapati berbohong.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.

Katanya, DUN sangat mulia dan merupakan tempat dasar-dasar kerajaan negeri digubal sekali gus maklumat yang diberi perlu tepat dan betul.

"Kalau sudah tahu ada kesilapan dibuat, maka adalah wajar bagi seseorang itu tidak kiralah siapa pun perlu bertanggungjawab, beritahu dan minta maaf.

"Kalau sengaja dilakukan dan enggan pula minta maaf ia adalah satu kesilapan, individu itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan terpulanglah tindakan selepas itu,'' ujarnya

Komen PB

Ini lah sikap sebenar Khalifah Umar Abd Aziz PAS .. Beliau kononnya mengamalkan sistem CAT tetapi adalah penipu dan pembohong !!! Pirahhh!!! Cakap tak serupa bikin !!! 1 Pulau Pinang dia mahu tipu !!!

Tolong jawab isu tanah Lot 408 di sebelah Hotel E & O ?? Mengapa Guan Eng tukar status tanah pajakan kepada hak milik kekal kepada YTL Corporation ??? Rakyat mahu tahu !!!!!


3 Responses

  1. mn says:

    Bro,

    1. Guan Eng tipu Melayu...kah kah kah...?

    2. Habis di Shah Alam, 700 penduduk hilang tanah...siapa pula yang tipu Melayu??

    3. Menteri Besar...UMNO besar...penipu besar...bunglow besar...kah kah kah kah

  2. Anonymous says:

    rampas tetap rampas! padan muka pengundi Pakatan. rasalah akibatnya..

    Selepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html

  3. Salam, inilah jadinya bila Melayu lebih rela bertuankan komunis......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.