Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam sejarah hidupnya selama 62 tahun, beliau tidak pernah mendengar orang yang dipanggil ‘Tok Guru’ berdoa untuk menjahanamkan manusia, terutama yang seagama dan sebangsa dengannya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas doa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Sambil menyifatkan doa seperti itu sebagai satu kesalahan besar dari segi agama, Muhyiddin berkata, sikap Nik Aziz itu tidak mencerminkan ketokohan agama seperti yang selama ini diuar-uarkan mengenai pemimpin itu.
“Saya fikir (doa itu) suatu yang menyalahi tuntutan agama. Saya tidak tahu apa hukumnya. Mungkin orang agama tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama,” tegas Muhyiddin.
“Mungkin dia (Nik Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (doa seperti itu) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan,” katanya.
Bro macam mana dengan pemimpin kita yang meluluskan lesen judi ni macam mana ....
halal ke haram ..?
hehehehehe
bangkai gajah depan mata buat-2 tak nampak, semut mati di seberang laut nampak...
mana ulamak, mufti kita tentang ni tak bagi coment ke..?saudaraku,apa kata UMNO kembalilah kepada AL-QURAN DAN SUNNAH Rasulallah,amal makruf nahi mungkar,jika UMNO benar2 kembalikan sinar islam,maka akan berkuburlah PAS yang kalian semua anggap musuh.Letakkan ALQURAN DAN SUNNAH sebagai asas dan dasar perjuangan kita,islam cukup sempurna
Dari Ali, ra., katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda: "Awaslah, sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: "Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?
" Baginda menjawab: "(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat - yang terdahulu dari kamu dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu (kitab Allah al-Qur'an) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah) bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).
Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.
Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Qur'an yang - menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus."