Nizar boneka: YB DAP melaga kaum Dayak dengan kaum Melayu di Sarawak

on Thursday, November 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN kawasan N.11 Batu Lintang, Kuching iaitu YB Voon Lee Shan(gambar) dari parti DAP yang cuba memainkan sentimen perkauman di negeri Sarawak telah mendapat tindakbalas yang keras daripada wakil-wakil rakyat dalam parti komponen BN apabila laporan polis telah dibuat berhubung dengan kenyataan beliau yang boleh menimbulkan rusuhan kaum di negeri ini.

Laporan polis terpaksa dibuat oleh wakil-wakil rakyat BN setelah wakil DAP, YB Voon enggan menarik balik kenyataan yang telah beliau buat ketika sessi perbahasan pada persidangan dalam Dewan Undangan Negeri pada 11 November lalu sebagaimana yang dkehendaki oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional.

Enam orang Ahli Yang Berhormat mewakili Kerajaan Barisan Nasional yang telah membuat laporan polis terhadap YB Voon itu ialah terdiri daripada ADUN Asajaya YB Abdul Karim Hamzah, ADUN Bukit Saban YB Robert Lawson Chuat, ADUN Pantai Damai YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN Ba'kelalan YB Nelson Balang Rining, ADUN Bengoh YB Dr. Jerip Susil dan ADUN Pujut YB Chia Chu Fatt.

Kenyataan yang berupa kata-kata hasutan oleh YB Voon Lee Shan adalah seperti berikut:

"Semasa kita menubuhkan Malaysia, kita meletakkan diri kita dibawah klasifikasi dengan memanggil diri Bumiputera dan bukan Bumiputera.
"Saudara-saudara Dayak kita di Sarawak memerangkap diri dan tidak menyedari impian seorang pemimpin Melayu agung dalam diri Tunku Abdul Rahman, untuk membahagikan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah untuk meningkatkan dominasi Melayu dalam politik dan kaum di Malaysia.
"Melayu, sebuah bangsa agung telah disusuli kaum peribumi tetapi tanpa disedari saudara-saudara Dayak kita, takrifan 'peribumi' telah meninggalkan kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.
"Inilah kaum Melayu di Malaya seperti yang dirancang oleh Tunku Abdul Rahman, menguasai politik dan ekonomi Melayu sejak 46 tahun lalu.
"Iban dan Bidayuh sebagai dua kaum peribumi terbesar di Sarawak diperbodohkan oleh kerajaan persekutuan selama 46 tahun sejak Malaysia ditubuhkan dan tiada wakil rakyat Dayak, sehingga hari ini berani bercakap mengenai ini dengan UMNO dan Melayu dari Malaya menguasai kaum Dayak di Sarawak."

Jadi kepada semua pembaca, apakah kita pernah terfikir sebelum ini bahawa perkataan seperti yang tercatit diatas akan keluar dari mulut atau pengucapan oleh seorang yang telah bergelar sebagai Yang Berhormat yang sepatutnya tugas beliau adalah untuk memimpin, membela serta memperjuangkan hak-hak rakyat dimana kawasan yang mereka wakili disamping untuk sama-sama menjaga, memelihara kesejahteraan dan keharmonian dalam negara dari sebarang anasir-anasir jahat luar selaras dengan "ikrar taat setia" yang telah dilafazkan ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Yang Berhormat.

Dan kepada pihak berkuasa diharap supaya segera mengambil tindakan yang sewajarnya kepada wakil rakyat dari Batu Lintang itu memandangkan laporan polis telahpun dibuat. Kita bimbang jika perkara seperti cuba menghasut kaum-kaum tertentu agar mencurigai kaum yang lain jika tidak dibendung dari awal akan menimbulkan semula keadaan tidak tenteram dan aman di negeri Sarawak. Kita tidak mahu melihat perpaduan kaum yang sedia ada di Sarawak ini cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang tidak pernah tahu bagaimana cara untuk menghargai erti kemerdekaan, keamanan serta keharmonian kaum di negeri ini.

sumber : Anak merdeka


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.