Entah kenapa tiba-tiba, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memilih Biro Tata Negara sebagai sasaran kritikan PKR.
Adakah Khalid kecewa tidak dapat membuat ibadah korban pada perayaan Hari Raya Qurban ini, hingga mahu BTN dijadikan pengganti binatang qurban? Maklumlah dia agak serba salah untuk menyembelih lembu. Takut-takut penyokong-penyokong di kalangan kaum Hindu akan tecuit hati dan tersinggung. Ditambah pula, PNS tidak lagi dapat membantu membiayainya menderma lembu untuk korban di kawasan Parlimen Bandar Tun Abdul Razak.
Banyak boleh diteka dan ramal sebab BTN jadi sasaran Khalid Ibrahim. Yang nyata adalah sejak laungan “Serang Nijab!” oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Konvensyen PKR di Pulau Pinang baru-baru ini, misi serangan PKR ke arah kubu Barisan Nasional jelas dan serangan balas demi serangan balas sedang dilakukan dari beberap penjuru.
Orang yang perlu menyerang adalah Khalid Ibrahim itu sendiri kerana kesalahannya terdedah tidak henti henti. Antara serangan yang dilakukan Khalid adalah seperti membuat deklasifikasi rekod lama, membawa usul menggantung ADUN Dato Satim Diman, dan melantik Ketua Umum Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi. Anwar sedang keliling Selangor untuk “isi bakul angkat sendiri” memuji konon pengurusan kewangan Khalid “the Mr Roundtrip” itu pentadbir hebat.
Tidak gerun serangan Khalid ini kerana ingatannya tidak kuat dan sering lupa perkara silam. Bukankah Khalid sendiri pernah menghantar pegawai-pegawai PNB ke kursus latihan BTN? Suatu masa dan mungkin masih ada, BTN pernah buat program khusus untuk pegawai-pegawai korporat. Kalau tidak baik, buat apa Khalid hantar pegawai-pegawainya ke kursus sedemikian? Tidak hairan, Khalid pernah menghadiri kursus sedemikian.
Adakah benar apa yang dituduhnya sekarang? Jika benarlah BTN ini buruk sangat, sepatutnya Khalid tanya sendiri pada Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Semasa dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, BTN telah dipertanggungjawabkan di bawah pejabat TPM.
Kalau Khalid tidak tahu dan tidak pernah hadhiri program BTN, ada baiknya mereka bertanya dahulu kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah BTN itu sendiri yang kini bersama-sama mereka dalam kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Dato Dr Hasan Ali sendiri. Dr Hasan dan bosnya adalah orang pilihan Anwar untuk mengetuai BTN dahulu.
Kalau kursus BTN itu rasis, maka rasislah orang-orang yang pernah bertanggungjawab berkenaan BTN seperti Anwar dan Dr Hasan. Program kursus BTN tidak ada jauh sangat beza dari masa bawah Anwar dan sekarang.
Mungkin apa yang dikatakan rasis hanyalah perkara terlanjur sebut semasa perjalanan kursus untuk membangkitkan semangat peserta Melayu untuk baiki diri sendiri hingga disalah anggap rasis. Siapa boleh kawal semua perkara. Yang penting perkara terlanjur dikawal supaya tidak berterusan.
Tuduhan rasis mungkin timbul dari persepsi dan rasa bersalah semasa perbincangan mengenai perkara-perkara yang menjejaskan keutuhan dan keselamatan negara. Perbincangan sebegini tidak menyebut atau menuduh mana-mana pihak. Mungkinkah pembangkang terasa kepedasan sos yang tidak bercili?
Kalau mahu dikatakan rasis, cuba bandingkan koursus BTN dengan ceramah dan dakyah parti pembangkang yang jelas membangkitkan kebencian terhadap Melayu tetapi dialas maksud dengan menggunakan UMNO dan Barisan Nasional sebagai simbol sasaran.
Bagaimana pula dengan DAP yang sentiasa menentang semua peruntukan kepada Melayu dan Bumiputera atas nama sama rata, tetapi polisi yang mereka mahu hanya memberi kelebihan kepada kaum Cina yang lebih kuat ekonomi? Bukankah itu rasis yang memikirkan kepentingan kaum sendiri tapi bertopeng kesemarataan?
Pengukur untuk mengatakan rasis atau tidak BTN adalah kandungan kursus tidak pernah membangkitkan semangat dalam peserta untuk membenci dan bersikap ganas terhadap kaum lain. Pendekatan BTN lebih ke arah memperbaiki diri sendiri dari menyalahkan orang lain.
Serangan ke atas BTN tidak lain dan tidak bukan hanya perasaan rasa bersalah Anwar kerana dia pernah penyalahgunakan BTN semasa agensi tersebut diletak di bawahnya. Anwar hanya mahu cepat menuduh dan melakarkan persepsi buruk terhadap BTN untuk menutup salahlakunya melalui BTN.
Semasa dia menyandang jawatan Menteri, semua portfolio agensi kerajaan disalahguna olehnya untuk menaikan politik peribadinya. BTN disalahguna olehnya untuk secara senyap menjatuhkan Perdaan Menteri, Dr Mahathir. Semasa reformasi, ada pegawai-pegawai BTN ‘orang Anwar’ yang menggunakan fasiliti BTN untuk membuat dan menyebarkan risalah reformasi menentang kerajaan.
Serangan terhadap BTN yang dirancang Anwar hanyalah untuk menutup salah dirinya dengan menyalahkan orang lain. Malah sudah dengar desas desus bahawa ada pihak merancang mahu menggunakan isu BTN untuk mewarnakan persepsi rasis terhadap Timbalan Perdana Menteri yang semalam dilaporkan membela BTN.
Terima kasih Khalid dan Halimah kerana main hentam sebarang. Akhirnya terpalit kena muka sendiri. sumber : mykmu.net
|