Mat Sabu ditendang dari Timbalan Pesuruhjaya Pas PP

on Monday, November 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


PENANTI - Tempat bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Pulau Pinang akan digantikan dengan seorang pemimpin lain yang telah dikenal pasti.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man berkata, ‘ayam sabung’ itu bagaimanapun tetap akan berada dalam jawatankuasa Dewan Harian Pas Pulau Pinang selain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas negeri.

“Kita sudah mengenal pasti calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Mat (Mohamad) Sabu. Diharapkan rombakan kecil ini akan tambah memantapkan lagi Pas Pulau Pinang di samping memperkukuhkan kerajasama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk kita tawan kerusi yang masih dipegang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis korban di Masjid Kubang Semang, di sini, kelmarin.

Mohd Salleh bagaimanapun enggan menyatakan siapa pemimpin yang dilantik menggantikan Mat Sabu walaupun ditanya berulang kali.

sumber : sinar harian

Komen PB

haha Mat Sabu telah ditendang dari Pas PP . Abg Mat ni ada masalah kot dengan Salleh Man ?? Awal-awal lagi Salleh Man cantas Abg Mat. Nampaknya Salleh Man makin hebat la ni dan mengembangkan lagi sayapnya , maklum lah kini bergelar YB ...

Nampaknya PAS PP pun kini tidak perlukan penceramah jalanan seperti Abg Mat lagi ....haha


2 Responses

  1. Saudara,
    Jangan lupa, itu negeri Anwar Ibrahim, yang memang tak suka dengan Si Mat Sabu (orang yang gelar Anwar Al-J......).

    Kerja 'pencucian' Anwar akan berterusan sehinggalah/selagi dia belum jadi PM...malah mungkin selepas dia jadi PM kot...

  2. putemate dan kuning mulut ler pak mat sabu yg busuk nih.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.