Nizar oii !!! 200 ahli PKR di Perlis sertai UMNO !!

on Monday, November 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Joker Politik Pakatan Rakyat
rakyat kini sudah muak dengan lakonan mereka ini

KANGAR - Bosan dengan perjuangan parti serta dakwaan mengetepikan hak orang Melayu menjadi alasan 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO.

Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya, bersama 200 penyokongnya bertindak keluar parti itu untuk menyertai UMNO dengan mendakwa perjuangan parti terbabit kini kian bercelaru.

Zainurin, 44, yang kini Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar, bersama 200 penyokong bertindak menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 lagi ahli PKR di Padang Besar akan mengisytiharkan diri sebagai ahli UMNO dalam tempoh terdekat selepas bosan perjuangan parti terbabit yang jelas mengetepikan hak orang Melayu.

Semasa dalam PKR sejak ditubuhkan, kami cuma berfungsi sebagai ahli sebaik saja mengisi borang dan selepas itu tiada aktiviti dilakukan untuk faedah ahli, terutama akar umbi dan dibiarkan terkontang-kanting.

“Perjuangan PKR di peringkat negeri dan pusat pula agak berbeza dan tidak sealiran hingga timbul kecelaruan, termasuk hala tuju. Ramai akar umbi mula sedar perjuangan mereka selama 10 tahun lalu adalah sia-sia.

Katanya, pada awal penubuhan, dasar PKR mencapai apa yang dikehendaki mereka namun kini dilihat terpesong daripada dasar serta tidak mengutamakan kepentingan Melayu,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Kampung Sungai Siran, Santan, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Sabry Ahmad, yang juga wakil rakyat Santan.

Zainurin berkata, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar ahli menunggu masa menyertai UMNO dan mereka turut tertarik dengan kepemimpinan UMNO negeri sekarang yang lebih mementingkan akar umbi.

Beliau berkata, semua 200 bekas ahli PKR terbabit akan menubuhkan cawangan baru dikenali UMNO Cawangan Sungai Siran yang terletak di atas sempadan Parlimen Padang Besar dan Kangar.

“Kami akan berbincang dengan UMNO Perlis supaya cawangan Sungai Siran dimasukkan dalam kawasan Parlimen Kangar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong yang mana wakil rakyatnya adalah Dr Md Isa,” katanya.

Sementara itu, Dr Md Isa yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran ahli PKR terbabit yang mengisytiharkan menyertai UMNO demi mengukuhkan lagi perjuangan dan perpaduan orang Melayu.

Perjuangan UMNO bukannya untuk menguatkan pemimpin tertentu tetapi untuk menjaga kepentingan ahli, terutama orang Melayu. Tiada parti di negara ini yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak Melayu, melainkan UMNO.

“Generasi muda sepatutnya menyedari hal ini dan seterusnya bertindak meninggal perjuangan mereka dalam PKR yang dikenali pasti bergerak tanpa hala tuju,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.