Wang Ehsan Kelantan : Husam tak puas hati , Nik Aziz bersyukur

on Wednesday, November 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Perbezaan ketara antara guru dan murid. Juga siapa sebenarnya Menteri Besar di Kelantan?

Dalam isu wang ehsan untuk Kelantan, kita tertanya-tanya apakah guru ini banyak dipengaruhi oleh muridnya dalam isu-isu penting untuk rakyat Kelantan.

Soalan juga ialah apakah lebihnya Exco Kerajaan berbanding Menteri Besar dalam menentukan pendirian mengenai sesuatu keputusan yang diumumkan oleh kerajaan pusat atau Perdana Menteri.

Hari ini, Exco kanan kerajaan Kelantan dengan lantang menolak ‘pengumuman kerajaan pusat’ sedangkan Menteri Besar menyatakan kesyukurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan lantang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

Sebaliknya, walaupun tidak puas hati, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ehsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi carigali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.
Husam sebaliknya berkata, kerajaan negeri juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (negara asal syarikat berkenaan).

"Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.
Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di Parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

"Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana wang ehsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.

"Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama Umno Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ehsan," katanya.

sumber : Rakyat Malaysia

Komen PB

Sepatutnya kerajaan negeri bersyukur dengan pemberian wang ehsan ini daripada kerajaan persekutuan . Sudah la dalam RMK 9 , negeri Kelantan mendapat peruntukan sebanyak RM 7 Billion , ini nak lagi duit royalti pulak . Memang mereka ini tergolong orang yang tidak reti bersyukur . Peruntukan wang ehsan ini akan disalurkan terus untuk pembangunan rakyat Kelantan seperti pembasmian kemiskinan melalui agensi kerajaan seperti Kesedar ,JPP dan sebagainya.

Kerajaan negeri harus pentingkan rakyat Kelantan bukannya politik kerajaan negeri seperti apa yang Husam marah sangat hingga mahu bawa isu ini ke mahkamah . Rakyat Kelantan pasti menyambut baik pemberian kerajaan pusat ini .


4 Responses

  1. hanizam says:

    tak reti bersyukur dengan ape yang ada...macam nilah jadinya...

  2. Cheguman says:

    2-3 hari lagi Nik Aziz akan ubah kenyataan le apabila dihubungi Anwar dan Husam.

  3. MK IV says:

    syaitan mane boleh bersyukur... syaitan macam husam tu tamak haloba....

  4. Salam bro, mana taknya, duit kayu balak dah habis masuk dalam pertut buncit mereka, mana nak cari lagi..... puak-puak PAS ini pandai berlagak warak depan rakyat, tapi semua hasil negeri dia orang kebas......

    Trenganu dulu nasib baik PAS hanya 1 penggal, itu pun berapa banyak puak-puak ni dah kebas hasil balak.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.