KEPALA BATAS 6 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan dakwaan kononnya negeri ini sudah bebas sepenuhnya daripada masalah miskin tegar.
Sehubungan itu, beliau mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan butiran terperinci mengenainya itu termasuk melakukan kajian semula bagi mengenal pasti sama ada benar-benar tiada golongan miskin tegar di negeri ini.
Menurutnya, hasil kajian awal yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) membuktikan masih terdapat golongan miskin tegar di negeri ini terutama di kawasan luar bandar.
''Kerajaan negeri April lalu umum Pulau Pinang sudah bebas daripada masalah ini (miskin tegar). Atas dasar dan ukuran apa pengumuman begini dibuat sedangkan masih ramai golongan miskin tegar di Pulau Pinang.
''Saya cabar Guan Eng kemuka secara terperinci statistik mengenai hal ini dan buat kajian semula kalau perlu. Jangan buat (umum) kalau fakta tidak betul,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Industri Tekstil di Kampung 20, Penaga di sini hari ini.
Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga memberitahu, perkara itu pernah dibangkitkannya pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tetapi kerajaan negeri bersikap acuh tidak acuh berhubung perkara itu.
''Mereka (kerajaan negeri) ada meminta saya mendedahkan nama-nama (golongan miskin) tegar tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan. Ada baiknya Guan Eng dan pimpinan kerajaan negeri turun padang dan lihat realiti sebenar masyarakat.
''Jangan hanya buat publisiti dengan buat pengumuman semata-mata mahu meraih keuntungan politik. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lihat apa yang sepatutnya mereka perlu buat untuk bantu golongan ini (miskin tegar),'' tegasnya.
Beliau menambah, ICU kini dalam proses menjalankan kajian mengenai jumlah sebenar golongan miskin tegar di negara ini dan ia dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.
Azhar turut mempersoalkan sikap pegawai dan kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri yang tidak turun padang dalam program masyarakat terutama yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan.
''Saya pun tidak tahu sama pegawai-pegawai ini memang tidak mahu turun padang atau takut dengan Guan Eng atau memang diberi arahan supaya tidak menyertai program anjuran kerajaan Pusat.
''Kalau begini caranya, macam mana mereka hendak mengetahui masalah yang dihadapi rakyat?'' soalnya.
Komen PB
Ini lah penipuan Khalifah Umar Abd Aziz PAS , Guan Eng yang cuba menipu Melayu PP dengan mengatakan PP kini sudah bebas dari miskin tegar ..haha Adakah LGE ingat bagi beras sekampit dan RM 100 setahun sekali kepada warga emas boleh mengatasi masalah miskin tegar di PP ??? Melayu PP antara yang teramai bilangan dalam golongan miskin tegar dan adakah LGE dan YB Pakatan Rakyat ada pergi melihat kemiskinan di kampung-kampung ??
PB belum lihat lagi apa dasar dan program kerajaan negeri untuk membantu penduduk dari keluarga yang miskin tegar ini . Mengenai program yang anjurkan oleh kerajaan Pusat di PP tidak dihadiri oleh pegawai dari kerajaan negeri menunjukkan sikap sebenar kerajaan PP yang bermuka-muka. Mereka hanya kaluat minta peruntukan pembangunan untuk negeri PP dipercepatkan seperti Jambatan Kedua tetapi tidak memberi kerjasama di program kerajaan Pusat buat di PP .
Guan Eng Bohong rakyat , PP sudah tiada miskin tegar
on Sunday, November 8, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
November
(77)
- Pemuda UMNO PP buat laporan SPRM terhadap kerajaa...
- Syabas Pemuda UMNO dan BN Pulau Pinang !! PENAN...
- Nik Aziz sudah lupa diri berdoa nak jahanamkan N...
- Mat Sabu ditendang dari Timbalan Pesuruhjaya Pas PP
- Apabila gambar Melayu Islam dipijak oleh geng Kha...
- Hanya orang pengecut takut kursus BTN - Kamaruddin...
- Kursus BTN tiada beza masa bawah Anwar dan sekarang
- Siapa Kolonel Mat, musuh Nik Aziz ?? Orang PAS pu...
- Adakah benar dakwaan Perda tekan penduduk Kg Bagan...
- DAP kini kepanasan tuduh blogger UMNO desperado
- Penduduk Selangor kesal tindakan kerajaan negeri h...
- Apabila Pok Nik tak halal dunia akhirat kepada ya...
- Masa Depan Melayu PP kini semakin terpinggir di ba...
- Guan Eng a.k.a " Raja Putar Belit "
- Raja Putar Belit Guan Eng sebenarnya menekan PERDA
- Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?
- Melayu PP diperbodohkan lagi oleh Guan Eng
- Apabila orang Melayu sendiri lupa sejarah negara ...
- Nizar Anwar !! : Peguam Anwar gagal kemukakan huj...
- Tiada maaf untuk Chin Peng - Muhyiddin
- Harakah sudah lembik dan hilang taring
- Menantu Nik Aziz diminta letak jawatan
- PRK Kota Seputih , Jom pi gempur di sana !!
- Nizar !! : Guan Eng tipu lagi la , kali ini isu t...
- Kerajaan negeri perlu kemukakan bukti - Pemuda UMN...
- SDO nafi tuduhan Guan Eng sabotaj kerajaan PP
- Serangan pertama Anwar kepada Najib !!
- Nizar tengok !! : Bukti surat jemputan serah bantu...
- Nizar boneka: YB DAP melaga kaum Dayak dengan kaum...
- Nizar oii: Skandal Azmin -Shamsidar didedahkan lag...
- Guan Eng berang dengan SDO, kami pun berang dengan...
- Guan Eng konar baring pulak tuduh pemberian bantua...
- Najib dan Anwar apabila bertemu ...
- Nizar tengok !! : Skandal saham Azmin Ali dan Ist...
- TKM 1 Mansor Othman tidak berani jawab isu tanah L...
- Anwar tidak tahu pasal ekonomi - Tun M
- Diskriminasi Kerajaan PP !! Guan Eng jaga hotel me...
- Bukti Skandal saham Azmin Ali - Shamsidar
- Hadiah Untuk Azmin dan Anwar oleh GAP & X -PKR
- Hadiah untuk kepentingan peribadi berbeza dengan...
- Nizar Oii !! : Pendedahan syarikat yang menaja Nik...
- Nizar tipu : Guan Eng terus tipu Melayu PP dalam i...
- Agenda sulit kerajaan negeri kaut tanah di PP
- Gempar !!! Kickdefella kena tendang oleh PAS
- Nizar !!! : Zul Kulim lepas bom kepada Siva
- PKR dan kaitannya dengan Gerakan Freemason /Illu...
- Nizar karat !! Insiden Kepala Lembu bukan angkara ...
- Guan Eng terus tipu Melayu Pulau Pinang dalam isu ...
- Guan Eng amal perkauman !! Diskriminasi dan sekat...
- Nizar oii !!! 200 ahli PKR di Perlis sertai UM...
- Pemuda UMNO sediakan Skuad Banjir Pemuda bantu ma...
- Putera UMNO dekati golongan remaja
- Ba'iah PAS Cerai taklik Isteri Talak 3 akan menyeb...
- Nizar KKK: Guan Eng sekat projek kerajaan Persekut...
- Budak Anwar , Aziz Bari dikecam hebat di Seminar PAS
- Guan Eng Bohong rakyat , PP sudah tiada miskin t...
- Nizar KKK : Presiden PAS Hadi dimalukan oleh Az...
- Memorandum bantahan terhadap tindakan Exco Selango...
- Blogger Pakatan hina DYMM dan Institusi Diraja !!!
- Tulisan jawi Penang Free School nak dihapuskan
- Penerangan PAS kini sudah kepanasan , kumpul blog...
- Nizar KKK: Dr Porthip ditangkap kerana menipu !!
- Gambar siapa ini ?? adakah ini respon oleh Rakyat ..
- Penduduk Kg Buah Pala diberi rumah mewah , tetapi ...
- Wang Ehsan Kelantan : Husam tak puas hati , Nik Az...
- Masjid Selangor ingkar titah DYMM Sultan Selangor
- Kesi Liwat Anwar -Saiful : Tangguh lagi !!! ke 2...
- ’Penahanan Asri aduan dari orang dalam
- Kisah Dr Asri & Dr Xavier Jeyakumar
- Penahanan Asri timbulkan persoalan
- Dr Asri dihalang pulak dari memberi ceramah di Sel...
- First Warning Najib kepada Mohamad Aziz
- Edisi aidc : Hubungan Anwar & George Soros
- Edisi AIDC : Politik wang dalam PKR
- Kerajaan PP zalim dan tidak berperikemanusian !!
- Apa tujuan Mohamad Aziz desak Tsu Koon letak jaw...
- Pakatan kini Retak Menanti Belah !!
-
▼
November
(77)