Tiada maaf untuk Chin Peng - Muhyiddin

on Tuesday, November 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kepada pemimpin Pakatan Haram seperti Anwar ,Karpal Singh, LKS ,Ngeh ,Nga yang mahu membawa pulang ketua pengganas komunis Chin Peng yang pernah membunuh rakyat negara ini ... Ini jawapan Muhyiddin Yassin !!


Chin Peng tiada maaf bagimu:Muhyiddin

PUTRAJAYA - Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, seperti pendirian yang dibuat sebelum ini, kerajaan prihatin atas sentimen rakyat yang masih marah atas keganasan yang dilakukan oleh pemimpin komunis itu semasa darurat dahulu.

"Sebab-sebabnya umum sudah tahu masih ramai dalam kalangan rakyat yang waktu darurat dulu menghadapi musibah daripada keganasan yang sehingga hari ini mereka tidak boleh lupakan.

"Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7, di sini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf bekas pemimpin PKM itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan semalam.-Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.