Apa tujuan Mohamad Aziz desak Tsu Koon letak jawatan ?

on Sunday, November 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 31 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan, beliau tidak berasa terganggu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesaknya agar meletak jawatan baru-baru ini.

Serentak dengan itu, beliau menyeru ahli-ahli Gerakan agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

"Saya tidak akan berasa terganggu dengan kenyataan Mohamad kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN), malah tidak produktif.

"Saya akan lebih fokus kepada tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan 2009 di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama. - Utusan

'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad Aziz


Komen PB

PB pelik mengapa Mohammad Aziz Sri Gading ini cuba mencari populariti dan publisiti di Parlimen dengan membawa isu minta Koh tsu Koon meletak jawatan sebagai menteri. Bawa lah isu rakyat ke Parlimen bukannya isu politik dalaman dalam BN seperti ini untuk dibahaskan di Parlimen .

PM DS Najib dan TPM sendiri tidak pernah cakap apa pun mengenai perlunya pemimpin parti komponen dalam BN ini perlu meletakan jawatan tetapi Mohammad Aziz yang baru saja menjadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO lepas telah mula tunjuk taring bisanya . Kalau marah kerana tak dapat jawatan Timbalan Menteri /Menteri pun janganlan dok bising di Parlimen pasal masalah dalam parti sendiri di Parlimen .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.