Dan kini, saya bawa kepada anda petikan drpd salah seorang blogger BARUA CHIN PENG untuk penilaian anda sendiri
Dipetik daripada BLOG haram jadah
http://mindaahad.wordpress.com/2009/11/23/terima-kasih-chin-peng/Terima Kasih Chin Peng
Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).
Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.
Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.
Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.
KOMEN:
Nampaknya penulis blog di atas sudah semakin hilang akal agaknya demi mempertahankan keparat Chin Peng yang telah membunuh ribuan manusia di bumi Malaya dan Malaysia. Mungkin saya boleh katakan penulis tersebut seorang BUDAK yang seumur hidup beliau tidak pernah terlibat dengan keganasan Komunis di Malaysia ini. Hujah yang sebarangan, tidak bersandar kepada fakta semata-mata dibuat untuk menghalalkan dan menyembunyikan keganasan Chin Peng. Chin Peng HARAM JADAH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan, manakala UMNO pula diangkat sebagai talibarut penjajah. Komunis diangkat dan UMNO diminta mengenang jasa mereka.
Kononnya UMNO lebih zalim drpd Komunis.. Wah hebat sungguh pemikiran barua Chin Peng ni. Agaknya dia akan berkata demikiankah jika keluarganya dahulu disembelih oleh rejim Komunis? Sungguh busuk hati pencacai PAS, PKR, DAP ini. Kebencian mereka kepada UMNO sehingga menghalalkan dasar mengenang Komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Secara spesifik, PAS memang sudah jauh terpesong akibat drpd bersekongkol dengan SYAITAN.
Jika benar sebelum merdeka KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan, apa pula istilah untuk mereka setelah negara MERDEKA? Di mana sumpah dan taat setia kepada RAJA dan pemimpin negara? Kenapa diteruskan penentangan mereka terhadap kerajaan yang telah Merdeka? Kalau bukan kerana hendak meneruskan doktrin Komunis, kenapakah Chin Peng tidak meletak senjata secara aman? Apa kena mengena peperangan di antara Komunis dan Askar2 Diraja Malaysia dengan penjajah British? Mangkuk, Lesung, Cawan sungguh pemikiran BUDAK PENCACAI Chin Peng tersebut.
Kalau tidak kerana jasa-jasa pahlawan negara termasuklah bapa saya yang berkhidmat dengan 11 RAMD dahulu, sudah pasti BUDAK PENCACAI itu, mahupun PAS masih lagi diburu ketakutan sehingga kini. Jasa para tentera dan polis sangat bermakna kepada kemajuan dan keamanan Malaysia kini. Jangan disebabkan oleh 2, 3 ekor beruk-beruk, babi-babi peliharaan Chin Peng seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Ngeh, Nga, Karpal, Lim Kit Siang, manusia-manusia yang tidak mengenal sejarah ini ingin menjadi pembela kepada manusia yang di dalam lipatan sejarahnya sudah terkenal sebagai PENYEMBELIH NO 1 di negara ini.
sumber : anti hipokrit