Pemuda UMNO PP buat laporan SPRM terhadap kerajaan negeri PP

on Monday, November 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PULAU PINANG: Pemuda Umno negeri hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan negeri berkaitan dengan jualan sebidang tanah seluas 1.4 hektar di Georgetown.

Bendaharinya, Aziaan Ariffin berkata beliau telah membuat satu aduan kepada SPRM untuk menyiasat jualan tanah tersebut yang terletak bersebelahan dengan E&O Hotel.

"Kami mendapati kerajaan negeri telah menukar pegangan tanah Lot 408 di Georgetown awal tahun ini dengan mengenakan bayaran premium yang rendah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH)," katanya ketika ditemui di perkarangan pejabat SPRM di sini hari ini.

Aziaan berkata kerajaan negeri hanya mengenakan premium berjumlah lebih kurang RM45 sekaki persegi sahaja kepada PHH sungguhpun harga pasaran adalah lebih kurang RM250 sekaki persegi.

"Tapak tanah tersebut adalah tapak yang strategik dan ia sepatutnya dikenakan premium yang tinggi tetapi kerajaan negeri tidak mengenakannya kepada PHH.

"Oleh yang demikian, kami merasa bahawa terdapat penyelewengan dan juga unsurunsur rasuah yang berlaku dalam kelulusan tukar pegangan tanah tersebut," katanya.

Selain itu, beliau juga mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya mengakui pembohongannya berhubung syarat pegangan tanah yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos lepas.

"Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan itu daripada rakyat?" katanya.

Isu itu timbul kerana kerajaan negeri memperkenalkan dasar baru berkaitan pegangan tanah iaitu membenarkan tanah industri dan komersil berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan kepada 99 tahun manakala bagi tanah kediaman ditukar kepada pegangan kekal.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi maklumat salah kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memaklumkan bahawa tiada pertukaran status pegangan tanah dibuat di negeri itu dari April hingga Jun tahun ini.

Tetapi terdapat laporan menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada kekal. BERNAMA


Komen PB

Siapa kata Pemuda UMNO penakut ?? Kalau Pemuda UMNO Selangor tidur , Pemuda UMNO PP kini lebih gah dengan langkah yang berani untuk berdepan kerajaan DAP PP diketuai Guan Eng . Selepas melakukan demontrasi , mereka membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat jika berlaku penyelewengan dan unsur rasuah dalam berkaitan jualan tanah kontroversi iaitu Lot 408.

Raja Putar Belit Guan Eng ini dikatakan menjual tanah ini dengan mengenakan kadar premium yang rendah iaitu RM 45 kaki persegi sedangkan harga pasaran RM 250 kaki persegi !!!

Guan Eng ada syer ka ?? atau sudah kaw tem baik punya ?? SPRM patut SIASAT !!
Orang pun tahu tanah di Georgetown memang mahal gila , tetapi mengapa tanah di Lot 508 di tepi laut itu dijual dengan harga premium cukup rendah ??


One Response

  1. pendedaan menarik bro..gua ada salin sikit isu ni..

    gambar di atas yg paling cun..modal besar tu hahaha

    nilah Khalifah Umar Abd Aziz PAS sanjung selama ini..


    hahahaha lawak terbaru PAS..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.