SDO nafi tuduhan Guan Eng sabotaj kerajaan PP

on Saturday, November 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



BUTTERWORTH: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mensabotaj mahupun menekan kerajaan negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, kata seorang pegawai di sini hari ini.

Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berkata, dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai hal itu adalah liar dan tidak benar sama sekali.

Katanya, beliau sentiasa menghormati institusi Ketua Menteri dan menerima hakikat bahawa Lim merupakan ketua kerajaan negeri ini dan sentiasa mahu berbaik dengan pentadbiran negeri.

"Selaras dengan keputusan jemaah menteri, SDO bertindak melaksanakan intervensi dan sebagai "trouble-shooter" bagi memastikan sebarang projek persekutuan yang dianggap "sakit" atau bermasalah dapat dilaksanakan mengikut jadual.

"Saya hanya menjalankan tugas secara profesional sebagai penjawat awam dan tidak sepatutnya saya diserang sedemikian. Saya amat dukacita dengan tindakan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup "Program Bual Bicara Kenali Anak Kita" anjuran bersama Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri yang mendakwa SDO cuba memberi tekanan kepada kerajaan negeri agar segera menyelesaikan pelbagai isu yang timbul untuk membolehkan projek persekutuan dilaksanakan atau akan bertindak membatalkan projek itu serta menarik balik peruntukannya.

Lim dilaporkan kecewa dengan sikap SDO itu yang dianggap boleh menjejaskan penyaluran projek persekutuan ke negeri ini.

Nik Ali berkata, sebagai peneraju agensi persekutuan di Pulau Pinang serta penyelaras kepada projek-projek persekutuan, beliau perlu memastikan kelancaran projek di negeri ini.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Taman Botani selaku agensi pelaksana telah memberi jaminan bahawa pihak berkuasa negeri akan menyelesaikan beberapa isu termasuk pemindahan setinggan dan rumah kedai, tetapi projek itu mengalami kelewatan kerana tiada kesungguhan kerajaan negeri untuk memindahkan beberapa buah rumah kedai di tapak projek itu.

Beliau berkata jika mempunyai niat seperti itu, sudah pasti Pulau Pinang tidak akan mendapat peruntukan RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan 1,055 projek dan kira-kira RM300 juta dalam dua pakej rangsangan.

Komen PB

Ini satu penghinaan oleh Guan Eng terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas secara profesional menguruskan projek kerajaan pusat di PP walaupun negeri ini diperintah PR. Guan Eng cuba sembunyikan kesalahan kerajaannya yang tidak buat kerja dengan menyalahkan pulak Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang .

Kebolehan Guan Eng mentadbir dan memerintah kerajaan negeri sudah nampak masalah dan beliau tahu hanya menyalahkan orang lain sahaja jika timbul sesuatu isu . Yang Dipertua MPPP berbangsa Cina pun tidak tahan dengan tekanan oleh kerajaan negeri lalu meletakkan jawatan .

Kredibiliti Khalifah Umar PAS yang menjadi KM PP nampaknya rekod buruk . Setelah menipu mengenai status tanah lot 508 di dalam DUN , beliau kini cuba salahkan orang lain pulak walhal dia tidak buat kerja.

Guan Eng Penipu !!!

Guan Eng perlu berundur !!!





2 Responses

  1. Salam bro, mereka-mereka ini hanya tahu mengkritik kerajaan UMNO-BN, itulah kerja mereka selama ini, tetapi bila rakayt sudah memberi tempat, mereka terkapai-kapai macam kera kena belacan, bila orang tegur dia melenting.....

  2. guan eng elok pergi balik tongsan atau pergi mampos.warga malaysia akan aman dan bahagia tanpa dia dan kelibatnya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.