Penduduk Selangor kesal tindakan kerajaan negeri halang sertai kursus BTN

on Saturday, November 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SHAH ALAM 27 Nov. – Rata-rata penduduk bandar raya ini terkilan dengan tindakan kerajaan Selangor melarang kursus Biro Tata Negara (BTN) disertai oleh kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri.

Mereka mendakwa, selama ini tidak pernah pula mendengar bahawa kursus itu menyebabkan berlakunya perpecahan kaum dan sekiranya perkara tersebut betul terjadi, tiada bukti yang boleh menyakinkan orang ramai bahawa dakwaan tersebut berasas.

Seorang penduduk yang ditemui, Azlan Abu Hassan, 32, berkata, walaupun beliau tidak berkesempatan menyertai kursus itu tetapi sebagai rakyat Malaysia, rugi jika orang yang layak tidak diberi peluang berkenaan.

“Apa yang saya lihat kerajaan negeri seperti menyekat peluang kakitangannya dan pelajar menyertai satu kursus yang ternyata berfaedah dan telah dilaksanakan sekian lama tanpa ada timbul apa-apa masalah.

“Selama ini pun ramai yang telah menyertai kursus BTN tetapi tidak pula timbul isu perpecahan kaum dan kursus itu sebenarnya bukan berbaur politik seperti selalu saya dengar daripada cerita-cerita rakan yang pernah mengikutinya,” jelas Azlan kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri secara tiba-tiba mengambil keputusan tersebut sedangkan sebelum ini tidak pula dengar desas desus berkaitan keputusan itu.

Katanya, kerajaan negeri mungkin sudah rasa tergugat walaupun baru setahun jagung memerintah di Selangor menyebabkan pelbagai isu ditimbulkan bagi mengalih perhatian rakyat.

Semalam Kerajaan Selangor mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri ini daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta merta kerana menganggap kursus itu sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan serta merta daripada menyertai BTN.

Seorang pekerja swasta, Khairul Amir Mohd. Roslan, 26, juga melahirkan rasa terkejut dengan dengan keputusan kerajaan negeri itu kerana sekiranya ia menyambung pelajaran atau berpeluang menjadi kakitangan awam di negeri ini maka beliau tidak ada berpeluang menyertai kursus berkenaan.

“Saya baru berangan-angan untuk pergi kursus BTN kerana selalu juga dengar kawan-kawan kata kursus itu sangat baik bagi menyemai perasaan cintakan negara dan memberi pengalaman berharga.


Komen PB

Ini baru komen daripada penduduk Selangor , itu belum kakitangan awam yang bekerja dengan kerajaan negeri . Adakah mereka setuju dengan keputusan kerajaan ini ?? Bagaimanakah pulak dengan pandangan para pelajar iaitu golongan muda ??

Kita tunggu la pada PRU 13 ini , jika ini keputusan kerajaan negeri Selangor untuk rakyatnya , maka padahnya akan mereka terima . Silap-silap Exco YB Halimah akan kecundang nanti gara-gara tindakan bodoh ini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.