Najib dan Anwar apabila bertemu ...

on Wednesday, November 18, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Di celah-celah kehangatan sidang Dewan Rakyat petang Selasa di mana para ahli parlimen pembangkang berentap dengan ahli parlimen BN,suasana di bilik rehat ahli parlimen pula riuh dengan gelak ketawa.Waktunya jam 5 petang.Mungkin ramai yang terperanjat melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersembang mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenangkan sengketa politik antara mereka.Ini adalah kali pertama mereka berdua bersembang dalam suasana santai sambil kena teh tarik setelah sekian lama.

Sudah menjadi kebiasaan Najib sekali sekala bila ada kelapangan singgah seketika di bilik rehat berkenaan sewaktu menghadiri sidang Dewan Rakyat.Kebetulan kali ini Anwar ada dalam bilik itu sedang bersembang dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Najib terus duduk menyertai mereka macam tak ada hal.Kedua mereka kedengaran tertawa antara lain ketika berjenaka imbas kembali nostalgia waktu zaman sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dulu.Ramai di kalangan ahli parlimen lain yang turut berada dalam bilik itu terpegun melihat sifat jiwa besar Najib dalam hal ini. - 17/11/2009


Komen PB

Melihat gambar ini memberi kita seribu makna ..Cukup mesra sekali DSAI dan Najib tetapi di luar sana rakyat dan geng-geng blogger yang bergaduh siang dan malam malah dalam PAS siap ada baiah lagi cerai bini . Ini kali pertama tengok PM DS Najib sembang dengan rakan lamanya Anwar . Dulu masa Pak Lah jadi PM ,beliau bertemu dan makan bersama dengan Anwar di Hulu Langat di rumah seorang ulama . Anwar adalah produk UMNO ,dia pergi mana pun akan jumpa orang UMNO juga ...wasallam .


4 Responses

  1. Salam bro, benar sangat paparan tuan, tetapi telah menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan kekadang oarang Melayu sekadar manis dimulut bila berhadapan dengan orang ramai..... macam rumah tangga juga......

  2. MK IV says:

    mat gay tu bukan ape, dia mintak talian hayat la tu dekat Tok Najib.

  3. Anonymous says:

    Bayangkan... kalau kita bersatu. Cantik kan?

  4. Galo says:

    inilh dia PERDANA MENTERI. Bjiwa utk rakyat walau apa pun tindakan dia tetap bersama rakyat. Syukur n beruntung kite dpt PERDANA MENTERI spt DS Najib ni. Semoga ALLAH trus melindungi Beliau & mengurniakn hidayah & petunjuk utk trus meminpin kite. Teruskn perjuangan PM DS Najib.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.