Mengejut dan menakjubkan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – presiden boneka, hilang stim dan tidak sesuai dengan politik baru – diperlekeh dan mempersendakannya pada ketika PAS mengadakan seminarnya hari ini.
Ia dilakukan dengan begitu terdedah oleh seorang pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melalui sebuah portal berita yang jelas selama ini pro-Pakatan Rakyat.
Pensyarah berkenaan mengkritik dan membelasah Hadi habisan-habisan sedangkan tiada pemimpin PAS (kecuali Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan ahli PAS lain tidak berani berbuat demikian mungkin rasa berdosa untuk menegur kerana tema wala'nya (kesetiaannya) cukup kuat.
Namun kerana pensyarah ini diberikan ruang seluas-luasnya untuk ‘memusnahkan personaliti Hadi’ sama ada melalui laluan yang dibuka seluas-luasnya oleh Musyridul Am PAS, apakah seminar PAS di Taman Melewar hari ini – Hadi akan terus menjadi sasaran paling mencabar dalam kepimpinannya?
Dalam PAS penentangan terhadap pemimpin atau ketua ‘tidak dibolehkan’ dan keadaan itu bagaimanapun sedang dipersoalkan - berapa lama lagi akan dipatuhi?
Dan dengan kritikan terbuka terhadap Hadi melalui Malaysiakini itu, apakah ia akan menjadi ikutan dan halal selepas ini?
Saya ingin melihat reaksi pemimpin dan PAS terhadap kenyataan pensyarah berkenaan - Prof
Dr Abdul Aziz Bari - dan jika benar ‘Tuan Guru’ masih ada sokongan, Hadi tentu akan dipertahankan.
Bagaimanapun, jika tiada atau kurang sokongan dan terus dibelasah atau mereka sama-sama membelasahnya, petanda bahawa Hadi tidak lagi diperlukan memimpin PAS, jelas semakin terjawab.
Persoalannya, apakah Dr Aziz Bari dan peserta seminar akan bercakap secara terbuka seperti yang diucapkan dengan Malaysiakini? Apakah Dr Aziz Bari akan melondehkan Hadi sepuas-puasnya di seminar berkenaan?
Walaupun sedar seminar memperkasakan parti PAS ini bakal panas, PAS memutuskan untuk membuka seluas-luasnya seminar ini kepada semua pihak. Menurut Harakahdaily, ia akan dijalankan dengan telus dan terbuka kepada semua pihak untuk menjadi pemerhatinya di samping liputan dari pelbagai jenis media.
Program sehari suntuk ini akan dimulakan dengan Ucapan Utama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertajuk "Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke 13." Selepas ucapan itu, sessi percambahan minda akan diadakan di mana ahli penal khas telah dijemput iaitu Dr Abdul Aziz Bari sendiri selain Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya. Penutupnya oleh Nik Aziz.
Persoalannya, selain Hadi apakah dua lagi ‘kawan setia Hadi’ iaitu Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Timbalan Hadi, Nasharuddin Mat Isa akan turut dibelasah?
Sejauh ini, apa yang dikatakan oleh Dr Aziz Bari seiring dengan apa yang diperkatakan oleh Musyridul Am PAS, mengenai Hadi dan konconya. Perbezaannya analisis dan fakta Dr Aziz Bari lebih menjurus dan jelas.
Mengejut dan menakjubkan ialah Dr Aziz Bari memperkatakan mengenai Hadi dengan begitu nyata dan lantang seolah-olah dia mempunyai lessen besar. Pertanyaannya ialah apakah ini langkah permulaan menjatuhkan Hadi atau sengaja memberikan impak besar kepada PAS sendiri?
Persoalannya, apakah dengan ‘menjatuhkan Hadi’ misi Dr Aziz Bari akan berakhir?
Juga langkah pertama itu bolehkah sampai untuk ‘memusnahkan PAS’ seperti kata Nik Aziz sebelum ini, dia rela apa saja terjadi dengan PAS asalkan ‘tiga serangkai’ itu dibuang jauh-jauh dari PAS?
Apapun, melalui laluan yang dibuka Nik Aziz dan petunjuk yang jelas itu - Dr Aziz Bari menggunakan pentas Malaysiakini sebagai permulaan dan mungkin seminar PAS bagi ‘menikam Hadi sepuas-puasnya’.
Amat nyata pandangan pensyarah UIA itu boleh dilihat sebagai kempen terancang menggulingkan Presiden PAS itu melalui tekanan dan character assassination terhadap Hadi secara sehabis-habisnya.
Apakah kelemahan Hadi menurut Dr Aziz Bari?
1. Kepimpinan Presiden PAS sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS";
2. Hadi adalah beban kepada parti;
3. Hadi hilang stim;
4. Presiden boneka - kegagalan Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain; dan,
5. Abdul Hadi bukan seorang pemimpin dalam senario politik baru.
Dr Aziz Bari dengan jelas mengatakan kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul
Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas."Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," kata Dr Aziz Bari.
Hadi diumpamakan sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk Barisan Nasional sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.
Hadi juga dilihat tidak memberikan apa-apa kesan atau kebaikan kepada parti jika dilihat kepada kenyataannya mengenai kerajaan perpaduan. Malah, beliau dilihat sebagai liability kepada PAS kerana kenyataannya bukan macam orang politik. Hadi dilihat lebih mementingkan UMNO daripada Pakatan Rakyat, sehinggalah ditegur dan ‘diperbetulkan’ oleh Muktamar PAS.
Hakikatnya, menurut Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an Hadi begitu berpengaruh dan dianggap pemimpin yang mempunyai hala tuju jelas dalam PAS tetapi pandangan dan pidato presiden PAS itu "sudah hilang stim". Ada pihak menganggap banyak juga tindak-tanduknya tidak datang daripada Hadi sendiri tetapi “disuap dalam mulutnya’. Contoh yang paling jelas, ialah mengenai idea kerajaan perpaduan.
Kata Dr Aziz Bari: "Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?"
Tokoh PAS itu kini benar-benar "hilang stim" walaupun hakikatnya sebelum era reformasi (1998) pun Hadi sudah tidak ada peranan yang penting apabila menjawat jawatan naib presiden saja dan kemudian timbalan presiden.
Dan apabila wujudnya suasana politik baru selepas ‘kejatuhan sokongan kepada BN’ melalui pilihan raya umum 2008, Hadi semakin kurang pengaruh dan menjadi pengikut sahaja kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sekadar pengikut tetapi Hadi tidak memainkan peranan sewajarnya pada era “politik baru” Pakatan Rakyat.
Kegagalan bertindak untuk menonjolkan diri seiring dengan Anwar dan Lim Kit Siang dan sebagai "tokoh nombor satu" PAS diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan Mustafa Ali. Kata Dr Aziz Bari: “"Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat.
Hadi juga tidak dapat menyesuaikan dirinya dalam suasana politik baru apabila hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".
Hadi dikatakan masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu.
Persoalannya, salahkah isu Melayu-Islam terus diperjuangkan?
Atau kritikan dan mencari kelemahan terhadap Hadi ini sengaja ditimbulkan bagi membuka ruang kepada pemimpin tertentu melonjak naik selepas gagal melakukannya melalui muktamar.
Atau juga apakah ini persediaan untuk kempen terancang menjatuhkan Hadi pada muktamar akan datang supaya PAS dilihat melakukan penggulingan terhadap Presidennya melalui saluran yang demokratik dan dibenarkan!
sumber : Rakyat Malaysia
Komen PB
Ini lah akibatnya PAS terlalu percaya kepada Prof Kangkung Aziz Bari ini kononnya sebagai penyokong kuat PAS dalam isu Perak. Segala apa yang diungkapkan oleh pakar perlembagaan ini dianggap seperti hadis daan harus dijadikan panduan . Nah sekarang terima padahnya Prof Kangkung yang rakan baik Khalid jaafar di IKD telah tikam Pas balik iaitu Presiden PAS sendiri Hadi dengan kata-katan cukup memalukan seluruh ahli PAS iaitu PRESIDEN BONEKA, HILANG STIM DAN TIDAK SESUAI POLITIK BARU ...

Nizar KKK : Presiden PAS Hadi dimalukan oleh Aziz Bari

Memorandum bantahan terhadap tindakan Exco Selangor Dr Xavier
baca di sini isu xavier kafir masuk masjid di Selangor
Apabila blog GAP mendedahkan isu ini , ia terus menjadi isu paling panas dan memang PAS panas pungkoq dah dan khasnya jawatakuasa qaryah masjid tersebut serta orang kuat PAS Parlimen Kota Raja. Malah ada penyokong PAS di dalam laman sosial facebook mengatakan ini fitnah dari UMNO . Haha.... cukup kelakar kenyataan dari orang PAS ini yang masih lagi pertahankan parti mereka walaupun gambar terbabit terang-terang menunjukkan Xavier masuk ke dewan solat dan memberi ceramah .
Klimaks isu ini , 20 orang Pemuda UMNO Kota Raja yang sayangkan maruah Agama Islam telah menyerahkan memorandun bantahan berserta gambar Xavier yang berceramah dalam masjid kepada pihak JAIS .
Pengarah JAIS memberi jaminan perkaran ini akan disiasat dan jawatankuasa masjid akan dikenakan tindakan undang-undang.
baca sini
Pemuda UMNO mahu JAIS ambil tindakan terhadap Dr Xavier cemar masjid
Jawatankuasa masjid kena tindakan - JAIS
Kenyataan orang PAS merangkap AJK Masjid yang cetek ilmu agama pertahankan Dr Xavier

Blogger Pakatan hina DYMM dan Institusi Diraja !!!
Dipetik dari Blog : Ikut Suka Aku .
Nizar: 1 Mufti, 1 Sultan Untuk 1 Malaysia... Amacam..???
..............................Ha..ha..ha..., dalam isu ini aku sokong 100% cadangan Shahidan Kassim ni, sebelum ini pun dalam beberapa n3 aku dah sebutkan peranan Mufti, dan Malaysia yang mempunyai Mufti paling ramai.Selain daripada itu boleh mengelakkan pembaziran wang kerajaan setiap negeri, buat apa ada banyak mufti buat memanaskan bontot di kerusi empuk dalam bilik aircond, tapi urusan ugama tak selesai juga sampai sekarang.
Dan aku pun setuju juga jika hanya ada satu Sultan/Raja dalam 1Malaysia, atau kekalkan Agung sahaja dan lantak diorang la nak bergilir siapa nak jadi Agung setiap 5 tahun sekali. Tetapi di setiap negeri Sultan dan Rajanya hidup macam rakyat biasa sudah la, standard rumah banglo cukup, maintainence pun rendah, bil api bil air bayar sendiri. Nak belanja dapur dan shopping cari duit sendiri, pergi cari kerja.
Jadi Kerajaan setiap negeri boleh berjimat duit elaun pada Raja/Sultan setiap bulan dan di agihkan kepada rakyat. Kalau diorang nak pergi mana-mana sekalipun dah tak perlu escort lagi oleh Polis Trafik yang block jalan sesuka hati untuk bagi laluan pada diorang ni.Tak kiralah jalan jem atau tidak, bersama-samalah dengan rakyat mengharungi kesesakan jalan raya, dah la tak bayar roadtax lepas tu senang-senang jer..., orang lain bersusah payah berpanas berhujan dalam sesak jalanraya, diorang pulak.. alahai... benggang jer... aku tengok... ntah apa jasa diorang pada rakyat tak tahulah aku...
Sepatutnya yang harus diberi keutamaan atas jalanraya ialah kenderaan seperti ambulance, bomba, polis, TPM dan Pee Emm jer... oooppsss lupa pulak lagi satu kereta jenazah... he..he..he..., selain daripada tu tak perlu di layan. (Yang buat aku angin ni .. pasal petang semalam sebelum tol Philieo Damansara menghala ke TTDI, adalah sebiji kereta Masserati Sport warna merah plate TPJ, dah la jalan jem giler... ada pulak polis trafik "minta laluan.. minta laluan.." rupanya nak bagi laluan kat anak raja mana ntah..., dalam sesak barat macam tu dah habis semua kereta kena ketepi... untuk bagi laluan, tak ke cibai namanya... buat menyemak jalan betul.., macam la dia sorang ada urusan penting, orang lain takda urusan penting ke...?)
Terbakar jer... jiwa aku masa tu, nasib baik keta aku kat lane kiri sekali... kalau tidak nak jer aku langgar keta merah tu... entah apa yang istimewa sangat diorang tu aku pun tak tahulah... bosan betul... diorang dah la makan semua sponsor, kita ni yang kais pagi makan pagi besok... kais petang makan lusa... diorang tak terfikir ke sengsara rakyat nak mencari rezeki... namanya duduk atas kayangan.. otak kat kepala lutut.... pergghh...Jadi buat Tuan Pee Emm 1malaysia, bolehlah rombak semua tu dan pertimbangkanlah cadangan Shaidan Kassim demi rakyat 1malaysia.
Hah... itupun kalau Pee Emm 1 malaysia berani... takutnya belum apa-apa lagi nanti Rais Yatim dulu melalak... bab Sultan/Raja... ni dia paling handal mengolahnya, bodek lebih... isu sensitip nih... bukannya boleh kutuk mengutuk orang kayangan beb... he..he..he.. nama aku ISA.Tak pun Pee Emm 1malaysia, telur sentot ke dalam... berani dia nak sentuh bab raja/sultan ni... sekali sultan pahang jegil jer.. terus berlari nyorok belakang kak mah... pengecut nak mampus...Dalam hal mufti pulak... eloklah tu... 1 Mufti untuk 1 Malaysia... sudah ngam... yang lain-lain tu... terutamanya Harus Sana Sini... hantar ke pendalaman untuk berdakwah pada orang Asli, ada juga pahala daripada memanaskan bontot dalam bilik aircond, lepas tu melalut dengan kenyataan membela umno siap keluar hadis lagi...
Aku dah boring dengan hal raja/sultan nih... tak sesuai dengan zaman sekarang nih... berjuta duit cukai habis bayar elaun diorang setiap bulan... rakyat makin terhimpit... ekonomi meleset.. ramai yang takda kerja.. bukan aku yang cakap tapi Najib yang cakap semalam pada Cuepacs. Kalau fakta perlembagaan/perjanjian minyak Kelantan boleh turned around, takan la fakta perlembagaan bab Intitusi Raja-Raja ni... dia tak boleh turn around kot... boleh kan... umno boleh.. 1malaysia boleh... Malaysia Serba boleh...
Aku pun ramai jugak member golongan Raja ni..., Ada Raja Azrin, Raja Kamarudin, Rajagopal, Rajalingam, Raja Ular, Raja Durian, Raja Wali Nong Sari... ramailah.. tapi diorang cool jer.. hidup macam rakyat kebanyakkan jer... so apa ada hal...p/s: Kak Mah... tolong rekomen sikit cadangan Shahidan Kassim ni kat laki ko...Isa: Hidup.. Shahidan Kassim.. Hidup.. Shahidan Kassim.. adusss.. sesak nafas.. khui.. khuii.. khuii.. bodek punya pasal... 1malaysia... ha,,ha,,ha,,,Kategori: Release Tension n Stress. Daulat Tuanku... perlu ker...
sumber : penghuni gua
Komen PB
Cukup biadab blogger ini yang menghina secara terang-terang Institusi Diraja . Dia ni memang sudah melampau dan kenyataan dia ini satu penghinaan . Ini lah sebenarnya wajah penyokong Pakatan Rakyat . Mereka berani menghina Raja kerana telah ada seorang pengkhianat Bangsa yang telah menderhaka Raja .
PB minta kerjasama blogger lain sebarkan tentang perbuatan blogger bodoh ini . Harap ada pihak yang membuat laporan polis berhubung kenyataan blog ini kerana ia boleh membawa kebencian kepada institusi Raja .

Tulisan jawi Penang Free School nak dihapuskan

SMK Penang Free dahulunya dikenali sebagai Penang free school (PFS) . Apabila kita lihat pintu gerbang masuk ke sekolah tertua di Asia Tenggara ini pasti seperti tiada apa pun yang cacat atau pun silap .
Tetapi ada pihak opportunist dari DAP telah dapat cari silap di dalam gambar ini iaitu tulisan jawi seperti di atas . Kalau kita fikirkan balik ,isu sekolah seperti ini pun tak sepatutnya dibesarkan dan dipolitikkan oleh pihak opportunist ini . Baca di sini blog Lim Kit Siang, Bapa kepada Ketua Menteri PP yang tidak tahu apa tentang PP ,tiba2 nak hantam pihak sekolah ini kerana memasang papan tanda dalam tulisan jawi . Jangan ingat bangsa Cina ramai di PP ,suka hati hang nak hapus tulisan jawi di sekolah ini .
Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu sejak zaman dulu dan masih lagi digunakan malah Utusan Malaysia masih lagi ada sisipan bahasa jawi pada akhbar hari Isnin . Murid-murid sekolah rendah yang belajar di sekolah rendah agama juga masih lagi menggunakan tulisan jawi ini . Tulisan jawi sudah lama dipakai oleh orang Melayu malah sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu lagi . Tulisan jawi cukup dekat dengan bangsa Melayu dan Agama Islam .
Untuk mengetahui lebih lanjutnya isu ini klik blog ini
http://novandri.blogspot.com/2009/11/nizar-perhatian-pemimpin-melayu-tulisan.html
Persoalanya , apa tujuan sebenar mereka ini ini membawa isu ini menjadi lebih besar?? Apakah mereka mahu semua sekolah ini mesti letak papan tanda dalam pelbagai bahasa seperti yang kerajaan PP benarkan papan tanda jalan semua bahasa. Mana perginya pejuang bahasa seperti Pak Samad ?? Tak kan tak lawan kot isu ini setelah diberi Anugerah Pejuang oleh Pakatan .. dulu bukan main hebat lawan PPSMI ..
Jadi , ini baru tulisan jawi sahaja dipertikai oleh mereka , bagaimanakan nasib orang Melayu jika mereka ini memerintah negara ?? Apakah akan berlaku kepada dasar-dasar yang membantu orang Melayu dari segi pendidikan ,ekonomi dan termasuk juga lah hak keistimewaan orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu .. Orang Melayu harus sedar semua ini ,bila kuasa di tangan mereka , mereka sanggup buat apa saja ..
Link
ada dewa api dalam tulisan jawi
Baru setahun di PP : Cina nak buang jawi

Penerangan PAS kini sudah kepanasan , kumpul blogger PAS bincang

Blogger upahan PAS akan berkonvensyen blogger PAS untuk atasi ftnah media baru. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.
"Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS."
Nampaknya macam serius sangat ancaman blogger BN terhadap PAS ni..... ni kira konvensyen nak bincang macamana blogger PAS nak tipu rakyat la ni... kira nak cari taktik baru untuk menipu maklumlah taktik lama dah kantoi... rakyat dah tahu dah..
Macamana tak kata bloger upahan PAS... belum nak buat kerja dah tanya upah ke, durian ke, langsat ke.... tengok tulisan macam kat bawah ni (klik di sini)..
"Ni nak jemput blogger UMNO tak? kalau jemput, gua boleh tolong iklan kan ...Macamana Blogger Upahan ni tak lingkup!....
Huhuhuh .... janji ada durian ... Ha ha ha .."
sumber : aspirasi bangsa
Komen PB
PAS dan blogger sebenarnya mereka sudah tidak tahan lagi kena attack siang dan malam oleh Blogger pro UMNO ,BPN , Facebook dan sebagainya . Di facebook , disiarkan lagi dengan video dan gambar yang memangnya bukan lagi fitnah seperti yang mereka katakan. Ia kebenaran beserta bukti dan boleh dinilai sendiri oleh kita yang melihatnya .
Teruskan serangan yang berterusan ini..
Perjuangan kita adalah perjuangan yang haq !!

Nizar KKK: Dr Porthip ditangkap kerana menipu !!
Dr PornTip the tiger show club stripper semalam telah diberkas di thailand, gara-gara dia membuat kenyataan palsu mengenai kesihatan Raja Thailand:BANGKOK – Forensic expert Dr Khunying Rojanansunanwas arrested today in a sweeping police action designed to put an end to malicious rumors about His Majesty the King’s health, which were blamed for a sell-off in the SET last month.
According to police, Dr Pornthip stated in a 2004 interview for Channel News Asia that “everyone must die sometime.” The statement was made in response to a question about how she felt about the importance of her job as a forensic investigator.
However, police believe that, if applied to sensitive topics, the statement might cause panic and disorder among the Thai public, which could threaten national security.
“To simply state that everyone must die is a malicious and unpatriotic attack on sacred institutions,” said a police spokesperson. “As Thais we must watch our words, and Dr Pornthip did not do so.”
After her arrest, Dr Pornthip made a brief statement in which she pledged her loyalty to His Majesty the King but stood by her statement.
“It’s a biological fact, a matter of science,” she insisted. “People die.”
She was immediately charged on a second count of violating Article 14 of the computer law by circulating false information concerning His Majesty. Not The Nation!
sumber : House PK
Komen PB
Inikah Dr Pakar upahan Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat ?? hahaha Govind Singh dan blogger2 Pakatan memang penipu kerana bawa mai yang Doktor yang taik penipu di negaranya sendiri .. memang dasar penipu akhirnya terbukti juga penipu besar .
Jadi, kita tunggu siapa yang akan check mayat teoh beck hock yang akan digali semula .. Doktor upahan mana lagi depa nak bawa mai ??

Gambar siapa ini ?? adakah ini respon oleh Rakyat ..

Bukit Tungku berhampiran The Mall
Adakah ini gambaran awal kemarahan rakyat Malaysia terhadap Anwar ?? Rakyat Malaysia mungkin sudah muak dengan tingkahlaku Anwar yang takut menghadapi perbicaraan di mahkamah dan menafikan keadilan untuk Saiful .

Penduduk Kg Buah Pala diberi rumah mewah , tetapi Melayu dihalau dan tidak diberikan langsung pampasan oleh kerajaan negeri

GEORGETOWN - Disuruh berpindah tetapi ‘pampasan’ yang ditawarkan membebankan. Itulah keluhan pemilik rumah di Kebun Bunga, di sini yang bakal dirobohkan Kerajaan Negeri pada bila-bila masa, Abdul Najib Darus.
Abdul Najib berkata, meskipun Kerajaan Negeri mengetahui keadaan kewangan keluarganya amat lemah ditambah dengan tanggungan seorang anak kelainan upaya (OKU) yang memerlukan belanja tinggi, pihak berkenaan masih tergamak menawarkan keluarganya ‘pampasan’ yang membebankan.
“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.
Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.
“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.
“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini.
Abdul Najib berkata, satu jawatankuasa khas bertindak terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi mempertahankan rumahnya daripada dirobohkan Kerajaan Negeri sehingga tawaran penyelesaian terbaik dicapai.
Menurutnya, wakil jawatankuasa itu juga telah menghubungi Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai isu ini.
“YB Malik (Abul Kassim) berjanji akan melanjutkan tempoh perobohan rumah saya sehingga Hari Raya Aidiladha dan berbincang semula dengan kami bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.
“Bagaimanapun, kami menuntut Kerajaan Negeri memberikan jaminan secara hitam putih dan bukan secara lisan semata-mata memandangkan kami tidak mahu diperdayakan oleh Kerajaan Negeri dengan jaminan ‘palsu’,”katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Negeri Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd mendakwa, orang Melayu di negeri ini berasa semakin dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri dan banyak premis perniagaan milik anak jati Melayu negeri ini diancam akan dirobohkan oleh MPPP.
Menurutnya, Pajim menggesa Kerajaan Negeri mengutamakan kebajikan anak jati Pulau Pinang seperti keluarga Abdul Najib dan menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar memberikan hak kesamarataan kepada semua tanpa membezakan bangsa dan agama.
“Dalam isu Kampung Buah Pala, Kerajaan Negeri begitu mengambil perhatian terhadap penduduk kampung sehingga mereka akhirnya diberikan pampasan mewah berupa rumah teres dua tingkat di atas tanah yang sama.
“Jadi, mengapa dalam isu keluarga Abdul Najib, Kerajaan Negeri tidak boleh memberikan tawaran penyelesaian yang sama kepadanya? Tambahan pula keluarga Abdul Najib merupakan anak jati negeri ini dan bapanya pernah berjasa kepada Kerajaan Negeri sebelum ini?,”katanya.
Sehubungan itu, Yusoff menggesa masyarakat Melayu di negeri ini agar sedar dan bersama-sama memperjuangkan nasib Melayu di negeri ini, bermula dengan mempertahankan rumah Abdul Najib daripada dirobohkan.
“Mungkin dengan cara ini sahaja, barulah Kerajaan Negeri buka mata dan menyedari orang Melayu bukan hanya sekadar pelengkap komuniti di negeri ini,”katanya.
Komen PB
Apabila Di Luar Lingkungan di Tv1 membincangkan Terpinggirkan Melayu Pulau Pinang , Ini lah yang sepatutnya Cikgu Azmi TERAS pejuangkan ,bukan salahkan kerajaan pusat. Kenapa tak hantam kerajaan LGE ini ?? Ini lah jawapan untuk membuktikan Melayu PP semakin dipinggirkan oleh kerajaan negeri PP diketuai LGE dan DAP . Rumah orang Melayu hendak dirobohkan tetapi satu sen pampasan tarak ada pun diberi LGE anak haram ini .. tapi kalau Hindu Kg Buah Pala pi bising sampai Komtar ,dia sanggup bincang pemaju bagi tawaran rumah mewah 2 tingkat lagi .
Ini nasib Melayu PP di anggap seperti SAMPAH saja . Selepas isu tanah wakaf didedahkan oleh PB sebelum ini , kini rumah sebuah keluarga Melayu berdepan dengan tindakan oleh kerajaan negeri .
Inilah bukti Melayu semakin dipinggirkan di PP ..

Wang Ehsan Kelantan : Husam tak puas hati , Nik Aziz bersyukur
Dalam isu wang ehsan untuk Kelantan, kita tertanya-tanya apakah guru ini banyak dipengaruhi oleh muridnya dalam isu-isu penting untuk rakyat Kelantan.
Soalan juga ialah apakah lebihnya Exco Kerajaan berbanding Menteri Besar dalam menentukan pendirian mengenai sesuatu keputusan yang diumumkan oleh kerajaan pusat atau Perdana Menteri.
Hari ini, Exco kanan kerajaan Kelantan dengan lantang menolak ‘pengumuman kerajaan pusat’ sedangkan Menteri Besar menyatakan kesyukurannya.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan lantang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.
Menurutnya, kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.
Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.
Sebaliknya, walaupun tidak puas hati, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.
Mursyidul Am Pas itu berkata, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.
"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ehsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.
Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.
Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi carigali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.
Husam sebaliknya berkata, kerajaan negeri juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (negara asal syarikat berkenaan).
"Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya.
Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.
Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di Parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.
Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.
"Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana wang ehsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.
"Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama Umno Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ehsan," katanya.
sumber : Rakyat Malaysia
Komen PB
Sepatutnya kerajaan negeri bersyukur dengan pemberian wang ehsan ini daripada kerajaan persekutuan . Sudah la dalam RMK 9 , negeri Kelantan mendapat peruntukan sebanyak RM 7 Billion , ini nak lagi duit royalti pulak . Memang mereka ini tergolong orang yang tidak reti bersyukur . Peruntukan wang ehsan ini akan disalurkan terus untuk pembangunan rakyat Kelantan seperti pembasmian kemiskinan melalui agensi kerajaan seperti Kesedar ,JPP dan sebagainya.
Kerajaan negeri harus pentingkan rakyat Kelantan bukannya politik kerajaan negeri seperti apa yang Husam marah sangat hingga mahu bawa isu ini ke mahkamah . Rakyat Kelantan pasti menyambut baik pemberian kerajaan pusat ini .

Misteri penahanan Dr Asri !! Baca sini bagaimana 1 Malaysia ditipu ..

Isu penahanan Dr Asri cukup panas minggu ini dan ia menjadi tajuk utama di blog ,media arus perdana dan juga muka depan akhbar . Isu ini PB pernah cakap dalam posting sebelum iaitu penahananan Dr Asri ini adalah melibatkan orang dalam kerajaan negeri Selangor sendiri . Dalang itu adalah mungkin dari kalangan orang PAS atau pun PKR kerana mereka sekarang menguasai kerajaan negeri dan JAIS .
Jawapan untuk persoalan dan misteri kini kian terjawab apabila dibongkarkan oleh rakan baik PB iaitu blogger Pisau.net
http://www.pisau.net/2009/11/gempar-nizar-isu-penangkapan-dr-asri.html
Tidak mustahil mereka ini terlibat kerana timing mereka rancang tepat pada masanya dan Dr Asri berada di situ berceramah telah menjadi mangsa mereka . Kita bukan untuk menuduh sesiapa tetapi adalah bukan menjadi suatu kesalahan untuk kita mensyaki orang yang tertentu berkemungkinan turut terlibat didalam hal penahanan Dr. Asri itu.
Dr Asri VS Anwar Ibrahim

Masjid Selangor ingkar titah DYMM Sultan Selangor
PB tertarik membawa surat pembaca dari Selangor ini . Beliau kesal dengan pihak masjid menjemput khatib luar dari Kelantan membawa khutbah di masjid mereka yang berbaur politik sepnuhnya 100% . Anda baca sendiri artikel dari surat pembaca ini kepada Utusan Malaysia .
JAIS boleh tahan Dr Asri kerana memberi ceramah tanpa tauliah , tetapi khatib Pas ini lagi advance dari Asri iaitu menggunakan peluang membaca khutbah di masjid lagi malah di dengar oleh umat Islam yang hadir ke masjid itu . Mengapa JAIS tidak pergi serbu cekup khatib yang tiada tauliah ini untuk membaca khutbah di masjid Selangor ??
PADA Jumaat 30 Oktober 2009, saya solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Selangor. Saya difahamkan, khatibnya dijemput dari Kelantan. Kebanyakan jemaah tahu latar belakangnya, parti politiknya serta sangat mahir berpidato.
Khutbah bertajuk Harta dan Anak Pinak Adalah Hiasan Dunia bermula dengan baik dan teratur, sehinggalah tiba-tiba khatib menyorot ungkapan seorang pegawai tinggi kerajaan sempena melepaskan kumpulan pertama jemaah haji ke Mekah di mana, pegawai kerajaan tersebut meminta jemaah haji Malaysia berdoa di Mekah agar Malaysia dijauhkan daripada bala bencana.
Tiba-tiba dengan suara meninggi seperti ‘melepas geram’ dia berkata, apakah alasan untuk menidakkan Allah menenggelamkan Malaysia seperti gempa bumi di Padang? Sedang kerajaan yang ada ini sangat zalim dan melanggar perintah Allah!
MasyaAllah. Terkejut saya mendengar suaranya supaya Allah menenggelamkan Malaysia kerana menuduh kerajaan yang ada ini sangat zalim.
Kerajaan juga tuduh beliau, mengarahkan polis menyerang dan membunuh rakyat di Memali manakala sistem bank-bank negara ini semuanya mengamalkan sistem riba. Macam-macam lagi beliau sebut termasuk soal Beng Hock, C4, Altantuya dan ISA.
Sambil khutbahnya sangat emosi dan menjerit-jerit dalam loghat Kelantan itu, beliau selang-seli dengan ayat al-Quran. Saya sempat menoleh kiri dan kanan, nampak jelas sebahagian jemaah tidak selesa, mungkin yang sakit hati kerana tidak boleh menjawab, ada yang tidur lena, tidak ambil peduli, namun yang jelas khatib menggunakan mimbar untuk ‘kepentingan kepartian’ ini cukup besar keburukannya.
Dari sudut agama, khutbah hari itu sudah menjadi satu majlis ceramah politik, jemaah sedang mendengar pemidato Pas sedang mengumpat, mengata, mencerca lawannya supaya semua jemaah membenci.
Khutbah pertama dimulakan pada pukul 1.10 tengah hari sehingga 1.50 oleh kerana khatib sudah bersemangat (agaknya) ambil masa terlalu panjang dalam khutbah kedua, khatib membuat khutbah ringkas.
Setelah selesai solat, pegawai masjid merayu orang ramai memberi derma dan sumbangan pada khatib yang berkhutbah tadi yang kebetulan memimpin sebuah madrasah di luar Selangor dan bergerak dari masjid ke masjid setiap minggu.
Peristiwa ini, seolah-olah mencabar titah perintah DYMM Sultan Selangor yang dua tiga hari yang lalu telah menitahkan supaya masjid jangan diperalat, khatib dalam khutbah jangan menyinggung hati jemaah yang tentunya berbeza aliran dan fahaman politiknya.
Saya sungguh tidak faham dengan pihak pengurusan masjid itu. Saya berharap khatib seperti itu tidak lagi dijemput kerana dia hanya layak dan berupaya menjadi pemidato di pentas politik saja dan bukan berkhutbah di masjid. Janganlah kita ingat apabila dia berserban, boleh cakap Arab, maka dia orang alim dan boleh memimpin rakyat? Ingatlah politik itu adalah mata pencariannya semata-mata.
Selaku jemaah yang hendak menunaikan solat fardu Jumaat yang ingin mendengar khutbah-khutbah yang membina dan mengukuhkan persaudaraan, ukhwah dan mahabbah serta dan kasih sayang, sudah sampai masanya penguatkuasaan peraturan yang sedia ada dilaksanakan agar sesuatu yang buruk dapat dihindari.
Yakinlah jika tindakan tidak diambil, satu ketika kelak, dibimbangi kumpulan yang tidak sealiran akan bangun beramai-ramai mencabar khatib yang sedang berkhutbah. Cubalah bayangkan kesannya kepada agama peliharaan Allah ini jika itu berlaku.
Sudah tentu kita tidak mahu negara jadi macam Pakistan atau di Afghanistan. Bom membunuh orang sabah hari, termasuk yang dilempar ke dalam masjid. Nauzubillah.
Warga Subang Parade"
sumber : forum Utusan malaysia

Kesi Liwat Anwar -Saiful : Tangguh lagi !!! ke 23 November 2009

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.
Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.
Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut. - Utusan
Baca di sini bila Ezam bertembung dengan Anwar di Mahkamah

’Penahanan Asri aduan dari orang dalam
Namun perkembangan paling menarik ialah terjawabnya perkara yang menjadi tandatanya ramai pihak tentang siapa jadi punca yang dorong JAIS bertindak. Ini agak selari dengan laporan Agendadaily semalam yang memetik Yahaya sendiri sebagai memberitahu beliau menduga ia ada kaitan dengan dari perasaan iri hati pihak tentu yakni dikalangan penduduk setempat di situ melihat ceramah agama di rumahnya mendapat sambutan yang mengalakkan. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) menetapkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS. Mereka yang tidak mematuhinya jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Katanya siapa saja yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapapun terkecuali. Khusrin mengakui pihak JAIS sudah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan keatas Dr Asri dan cuma pada kali ini berjaya. Namun begitu menurutnya siasatan terhadap kes Dr Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum. Mengulas tentang isu tiada pendakwaan dibuat keatas Dr Asri selepas beliau menunggu hampir tiga jam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada sebelah pagi ,Khusrin menjelaskan Dr Asri diminta ke mahkamah bukan untuk mendakwa beliau. Beliau memberitahu berdasarkan peruntukan dalam enakmen itu, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan. Menyentuh tentang penglibatan anggota polis semasa hendak menahan Dr Asri di Taman Sri Ukay beliau berkata ia tidak dapat dielakan kerana para pegawia penguatkuasa JAIS telah dihalang oleh hadirin di ceramah itu dan juga dua orang wakil rakyat, iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib Khusrin juga menjelaskan penahanan Dr Asri tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.-2/11/2009 sumber : agendadaily link
Isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ahad malam terus mencuri perhatian umum sepanjang Isnin khususnya dari segi rasional tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ,motif dan persoalan apakah wujud ‘ tangan ghaib’ disebaliknya.
Ia turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri,para pemimpin kerajaan juga kalangan tokoh parti pembangkang yang rata-rata tidak setuju bekas Mufti Perlis itu jadi sasaran sekalipun adanya peraturan di Selangor yang mewajibkan mereka yang hendak memberi ceramah agama di negeri itu perlu mendapatkan tauliah dari JAIS.
Ini kerana wujud berbagai spelukasi mengenainya termasuk mendakwa arahan itu datang dari kerajaan pusat.
Jawapan itu diperolehi dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam Isnin.
Katanya JAIS hanya bertindak atas aduan daripada penduduk Taman Sri Ukay,Hulu Kelang sendiri dimana ceramah agama Dr Asri diadakan.
Ceramah itu diadakan di banglo milik ahli perniagaan Encik Yahaya Mokthar yang terletak di Lorong 2C taman perumahan mewah itu.
Khusrin menafikan JAIS bertindak atas tekanan dari mana-mana pihak termasuk dari pertubuhan-pertubuhan Islam.
Beliau mengakui Dr Asri pernah beberapa kali sebelum ini memberi ceramah di rumahnya.
Menurut Khusrin penahanan Dr Asri semata-mata kerana JAIS melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan itu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tidak lebih dari itu.
Enakmen itu berkuatkuasa sekalipun ceramah agama diadakan di rumah persendirian.
Sebagai rekod, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beberapa hari lalu menegaskan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang berceramah tanpa tauliah serta menyebarkan ajaran yang menyeleweng di negeri itu
Menjawab persoalan tentang kes Dr Asri beliau menjelaskan bekas Mufti Perlis itu akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Katanya JAIS akan dakwa beliau beliau pada satu masa yang akan maklumkan kemudian.
“ Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.
“Sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya,”katanya.
Dr. Asri: JAIS kena jelas

Kisah Dr Asri & Dr Xavier Jeyakumar
Gambar di atas menunjukkan MP Ampang Zuraida Kamaruddin berada semasa Dr Asri ditahan semalam di sebuah banglo di Hulu Kelang . Cari publisiti ke ?? Negara semalam dikejutkan penahanan Dr Asri oleh JAIS di sebuah banglo di Hulu Klang ketika menyampaikan sebuah ceramah agama. Alasannya beliau tidak mendapat tauliah untuk memberi ceramah .
JAIS merupakan jabatan dibawah Hassan Ali selaku Exco Agama Islam Negeri Selangor .JAIS kini semua dikawal oleh orang PAS sejak Hassan Ali memegang Exco Agama Islam dalam kerajaan Selangor . Cuma yang kita marah sangat adalah mengapa semalam Dr Asri ditangkap dan hari ini tengahari tidak jadi didakwa di mahkamah ??? Habis itu mengapa Asri ditahan semalam ?? Mengapa kalut sangat nak tahan Asri ??
Adakah ini agenda politik PAS atau sekadar gimik ?? Selain itu , Dr Asri juga menghadapi tentangan daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang menentang usaha untuk melantik Dr Asri sbg YDP YADIM .
PB nampak segala apa yang berlaku kepada Dr Asri ini adalah untuk menjatuhkan Hassan Ali oleh orang dalam PAS . Contoh mudah ,ikut logik akal , Zuraida Kamaruddin dan Saari Sungib berada di sana semasa serbuan JAIS , mengapa Zuraida tidak call Hassan Ali minta campurtangan isu ketika JAIS nak cekup Dr Asri ??
Malah lebih mengejutkan Hassan Ali tidak tahu menahu penahanan Dr Asri semalam sedangkan beliau Exco yang bertanggujawab dalam JAIS . Beliau juga turut berjanji akan siasat siapa keluarkan arahan malam semalam . Adakah mereka ini ingin memburukkan imej Hassan Ali dengan membuat skrip seperti ini dan Dr Asri jadi kambing hitam dalam hal ini.
PB tertarik juga dengan gambar dari blog Gap , ia memaparkan sikap Double Standard berlaku oleh JAIS . Dr Xavier Jeyakumar seorang kristian dibenarkan tazkirah di dalam masjid di Kajang tetapi Dr Asri ditahan oleh JAIS .. INILAH PAS FOR ALL !!! GADAI MARUAH AGAMA ISLAM !!!! PAS SANGGUP JUAL AGAMA ISLAM DI SELANGOR !!!
KENAPA JAIS TIDAK KALUT MAI SERBU DR XAVIER JEYAKUMAR DI MASJID INI ?
TOLONG JAWAB WAHAI BLOGGER DAN PENCACAI PAS ???
gambar ihsan dari GAP
P

Penahanan Asri timbulkan persoalan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.
Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan motif penahanan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Jais dan kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kes itu dengan sewajarnya.
"Ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kalau sudah minta (Asri) untuk pergi mahkamah pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari perkara (tuduhan) itu tidak dimaklumkan, hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Asri di sini Isnin.
Beliau berkata pertemuannya dengan Asri adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada bekas mufti itu mengenai apa yang berlaku terhadapnya Ahad.
Katanya kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian itu berlaku di Hulu Klang, iaitu di bawah jajahan negeri Selangor.
"Hal agama tertakluk kepada negeri masing-masing," katanya.
Asri ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau.
Jais telah menahan Asri kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pukul 12 tengah malam tadi.
Beliau diminta hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.
Malahan, isu penahanan Asri itu dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat menyifatkan tindakan Jais sebagai penyalahgunaan kuasa.
"Kalau alim ulamak tidak dibenarkan berceramah, pelik saya rasa, melainkan ajaran sesat," kata Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata pegawai penguatkuasa seharusnya menggunakan daya pemikiran yang waras kerana Islam adalah agama yang dimuliakan.
"Mereka (penguatkuasa) harus diberikan tarbiah sebab mereka ini menjaga agama. Mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka," katanya.
Cadangan menyelaraskan peraturan agama Islam di seluruh negara juga disokong wakil-wakil pembangkang.
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menggesa kerajaan menjelaskan isu pentauliahan supaya difahami oleh rakyat manakala Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata seorang Mufti Perak sebelum ini juga gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Isu penangkapan Dr Mohd Asri turut dibangkitkan dalam sesi soaljawab di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing sekiranya ingin mengadakan ceramah.
Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya membidas penahanan Dr Mohd Asri dan menyifatkan penahanan itu lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui salah guna kuasa.
"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.
"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.
Dr Juanda, yang menggantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis pada Februari lepas, menyifatkan isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah dan ia adalah suatu peraturan yang bersifat dua mata yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan.
"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.
Dr Juanda berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa tertinggi negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersidang bagi mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-raja Melayu agar pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak Al Quran dan Hadis.
Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penahanan itu satu tindakan melampau.
Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap."
Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.
"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya.

Dr Asri dihalang pulak dari memberi ceramah di Selangor
Ahad malam, di sebuah banglo Taman Seri Ukay, Hulu Kelang yang selama ini sepi bertukar menjadi kecoh apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama Selangor untuk memberikan ceramah.
Wartawan AgendaDaily yang mendapat maklumat mengenai kemungkinan Dr Asri ditahan tiba di banglo tersebut kira-kira jam 9.00 malam. Sejurus itu tiga buah van penguatkuasa JAIS dengan 35 anggota tiba. Setelah menunggu kira-kira setengah jam, pegawai penguatkuasa JAIS memasuki banglo tersebut dan memaklumkan kepada pihak tuan rumah kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah.
Ekoran itu, tuan rumah dan kira-kira 50 hadirin bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan meminta mereka tidak menahan bekas mufti tersebut. Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip tiba dan tertanya-tanya kenapa JAIS hendak menahan Dr Asri.
Tidak lama kemudian sepasukan polis sampai dan kelihatan berunding dengan pegawai penguatkuasa JAIS dan tuan rumah. Setelah berlarutan kira-kira dua setengah jam, akhirnya Dr Asri dibawa ke balai polis Hulu Kelang bagi diambil keterangan. – 1/11/2009
Komen PB
PB persoal mengapa Dr Asri dihalang menyampaikan ceramah agama ???? Beliau adalah seorang bekas mufti ,dan bukan penceramah kampung .. Mengapa negeri Selangor saja yang menghalang beliau memberi ceramah agama ??
Di Pulau Pinang iaitu kampung halamannya di Mengkuang tiada sapa mai halang beliau ceramah seperti apa yang berlaku di Selangor ..
Adakah ini ada konspirasi untuk memburukkan imej Dr Asri kerana sebelum ini beliau mendakwa difitnah oleh pihak tertentu iaitu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menghantar memorandum bantahan ke YDPA berikutan penawaran kepada beliau jawatan YDP YADIM .

First Warning Najib kepada Mohamad Aziz
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau melantik Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menteri Kabinet bagi menghargai peranan dan sumbangan parti itu kepada negara.
Perdana Menteri berkata pelantikan Koh perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti itu di samping beliau mahu supaya suara anggota parti Gerakan sampai kepada kerajaan.
"Saya nak pelantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ini sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti Gerakan.
"Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri, dan saya membuat ini bukan (kerana) saya nak gunakan kuasa, (ini) sebab saya fikir saya pengerusi Barisan Nasional... saya kena buat keputusan untuk kepentingan Barisan Nasional.
"Saya bukan Presiden Umno sahaja, saya pengerusi Barisan Nasional. Saya bukan sahaja Perdana Menteri untuk orang Melayu, saya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional parti Gerakan di sini hari ini. klik di sini selanjutnya
Komen PB
Ini lah akibat mulut cabai MP Sri Gading Mohamad Aziz yang cuba cari publisiti dengan menggesa Koh Tsu Koon letak jawatan . Seperti bak kata perpatah " Kerana Mulut Badan Binasa " .. Najib sudah marah dengan dengan kenyataan Mohamad Aziz ini kerana ia boleh mengeruhkan keadaan dalam Barisan Nasional.
Buat Mohamad Aziz , mungkin penggal ini lah kali terakhir anda menjadi Ahli Yang berhormat ..PRU 13 ini mungkin nama anda tidak ada lagi dek kerana mulut anda yang laser itu . Selepas itu boleh la anda join rakan-rakan yang lain dalam MUBARAK dan veteran UMNO ..

Edisi aidc : Hubungan Anwar & George Soros
Recolonize Malaysia" [Klik di sini] bahawa Anwar Ibrahim merupakan projeksi Yahudi Britain/Amerika Syarikat. Tiga orang Yahudi yang memprojek Anwar adalah, Paul Wolfowitz, Al Gore dan George Soros.
Tulisan ini hanya membahaskan peranan George Soros dalam memprojeksi Anwar.
Tulis Mike Bellington, "Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia"
"Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang"
"Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal"
"Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir 'perlu dipecat dari jawatannya.' Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik"
Selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator(Soros) dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu,”
Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu “kroninya” dengan membelanjakan ekonomi: “Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata George Soros. Klik di sini
Begitulah hubungan sentimental Anwar dan George Soros yang menggunakan Yahudi itu serta IMF untuk mengambil alih peralihan kerajaan. Spekulator George Soros berperanan mensabotaj ekonomi Malaysia, hingga terjadinya kegawatan ekonomi Malaysia pada tahun 1997/1998. Anwar yang menjadi Menteri Kewangan merestui tindakan Yahudi pensabotaj ekonomi negara itu, sebaliknya Dr Mahathir menentangnya.
Sebab itu, pengalisis ekonomi melihat, usaha sabotaj ekonomi Malaysia sebagai satu bantuan George Soros untuk mempercepatkan pengambilalihan Anwar Ibrahim sebagai PM.
Apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997/98, Anwar sebagai Menteri Kewangan menawarkan satu resolusi meminjam daripada IMF, yang Anwar sendiri telah diplan oleh Yahudi Bank Dunia, James Wolfensohn sebagai Ketua Pembangunan kominiti IMF.
Tawar Anwar kepada Dr Mahathir, ekonomi Malaysia akan bebas sepenuhnya daripada belenggu kemelesetan ekonomi, jika menerima pakej pemulihan pinjaman IMF. Tetapi, Dr Mahathir bertindak sebaliknya, selain menggantikan peranan Anwar (yang telah dihijack oleh IMF) dengan Daim Zainuddin, Dr Mahathir secara total menolak pinjaman IMF.
Seterusnya Anwar dipecat dari UMNO dan terlucutlah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, maka hampir terputus semua perancangan Yahudi untuk menguasai ekonomi Malaysia yang sebelum ini banyak bergantung kepada status Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Bantuan Soros pusingan kedua
Lokman Noor Adam, bekas Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan bahawa parti Keadilan menerima sumbangan dana daripada Soros pada pilihanraya 2004. Kata Lokman, Wan Azizah dan Azmin Ali telah menemui Soros untuk meminta bantuan kewangan bagi menampung partinya, tetapi pertemuan itu menjadi satu isu besar apabila wujud perbalahan di antara Azmin Ali dengan wakil Tian Chua (Elizabeth Wong) yang tidak dibenarkan masuk menemui Soros.
Ketika pertemuan Azizah dan Azmin menemui Soros ini, Anwar masih lagi merengkok di dalam penjara Sungai Buloh. Maka apabila Azizah dan Azmin yang hadir, seolah-olah sudah mewakili Anwar, kerana Anwar hanya mewakilkan tiga orang (Azizah, Azmin & Khalid Jaafar) dalam urusan rundingan kewangan dengan pihak luar.
Apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, salah satu jawatan luar negara yang Anwar sandang adalah ICG (International Crisis Group). Klik di sini
Penaja utama ICG adalah Open Society Institute(OSI), milik George Soros, di mana Soros juga terlibat secara langsung dalam organisasi itu sebagai Executive Committee dan US Board Committee.
Selain Soros sebagai penaja utama ICG, terdapat juga beberapa yayasan Yahudi lain turut membantu. Antaranya; Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Ford Foundation, Carnegie Corporation of New York, United States Institute of Peace dan lain-lain lagi. Klik di sini
Jadi bagaimana Anwar boleh terlibat dalam satu organisasi yang Yahudi mempunyai kepentingan paling kuat di belakangnya ? Apa matlamat ICG, jika organisasi itu sendiri didalangi oleh dana Yahudi ?
Izwan Abdul Halim, wartawan dari Harakahdaily (organ PAS) melaporkan ICG merupakan badan perisikan barat yang berusaha untuk memberi imej buruk kepada Islam.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyifatkan laporan yang dikeluarkan International Crisis Group (ICG) bertajuk “Merekrut Militan Di Selatan Thai” sebagai satu bentuk tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau ‘Islamophobia’.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, ICG yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkininya mendakwa sekolah pondok telah menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.Menurut beliau, laporan itu turut menyebut, pengrekrutan melibatkan latihan ketenteraan, perang saraf psikologikal, pengintipan dan sabotaj melibatkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang daripada lebih 100,000 pelajar pondok"
"Kita percaya laporan ini adalah tuduhan ‘mala fide’ dan mempersoalkan laporan ini kerana dikeluarkan tatkala Selatan Thai kembali diselubungi tragedi. Kita merasa amat khuatir ini sebagai permulaan kepada cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau ‘Islamophobia’ yang pernah berlaku selepas tragedi 11 September 2001 dahulu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini". Klik di sini
ICG merupakan badan risikan luar negara Amerika Syarikat yang dikawal sepenuh bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika seperti Morton Abramowitz (Yahudi), bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Zbigniew Brzezinski (Yahudi), bekas Penasihat Majlis Keselamatan Amerika Syarikat dan dibantu oleh individu-individu Yahudi yang mempunyai dana seperti George Soros melalui Open Society Institute dan Stanley Fischer yang mempunyai kepentingan di Citigroup dan IMF.
Kalau diteliti rekod Morton Abramowitz dan Zbingniew Brzezinski, mereka mempunyai rekod buruk dalam menyediakan proposal kepada Presiden Amerika, supaya memerangi satu-satu negara.
Abramowitz Penolong Setiausaha Negara dalam bidang Perisikan dan Penyelidikan semasa pentadbiran Presiden Reagan (1986). Dasar Reagan "perang mengatasi keganasan" merupakan proposal Abramowitz. Ketika itu pentadbiran Reagan aktif memerangi negara-negara di bawah jajahan takluk Rusia yang menjadi musuh utama Amerika.
Brzezinski pula adalah penasihat Majlis Keselamatan Amerika Syarikat di bawah Presiden Jimmy Carter (1977-1981). semasa pemerintahan Reagan, Brzezinski, merancang Operation Eagle Claw, untuk membebaskan orang-orang tebusan di Iran menggunakan strategi Delta Force dan Pasukan Khas. Tetapi misi itu gagal dan Setiausaha Negara, Vance telah meletakkan jawatan.
Selain ICG dikawal oleh bekas-bekas pentadbir operasi menakluk negara luar, Amerika Syarikat, ICG akan memilih tokoh-tokoh proksi Amerika Syarikat di setiap negara di dunia. Misalnya Garent Evans, bekas Menteri Luar Australia, sebagai Presiden ICG,Shlomo Ben Ami (bekas Menteri luar Israel) dan Anwar Ibrahim (bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia).
Kebanyakan tokoh-tokoh ICG turut terlibat dalam CFR yang merupakan badan penentu dasar luar Amerika Syarikat.

Edisi AIDC : Politik wang dalam PKR
Dr Chandra Muzafar membuat pertimbangan keluar dari PKR berdasarkan kerasionalan, bukannya berasaskan pertimbangan kepentingan politik peribadi. Beliau merupakan seorang intelektual dan tidak berminat untuk merebut jawatan politik sama ada dalam PKR atau UMNO.
Persoalannya, jika beliau lebih berminat dengan dunia intelektual, kenapa beliau menceburi politik pada tahun 1998 hingga 2001 ? Menyertai Pertubuhan ADIL Malaysia(ADIL) , kemudian ditransformasi menjadi Parti Keadilan Nasional.
Dr Chandra lebih sesuai dengan NGO. Bermula dengan ALIRAN sekarang menerajui JUST. Barangkali Dr Chandra terperangkap dengan perjuangan Keadilan yang bermula dengan NGO ADIL. Tanpa disedari NGO telah bertukar menjadi badan politik, dan beliau secara tidak langsung terikut serta. Dalam parti politik iklim politiking mula berubah, dari politiking dalaman, jatuh menjatuh sesama sendiri, politik wang, hingga politik luaran, berhubung dengan pihak asing untuk survival politik.
Sekitar tahun 2001, laman-laman reformasi pernah mengkambinghitamkan dua pemimpin penting Keadilan dalam postmortem prestasi buruk Keadilan selepas PRU 1999. Kedua-dua yang menjadi mangsa serangan gerila laman web Keadilan adalah Dr Chandra Muzafar (Timbalan Presiden) dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung). Kedua-duanya adalah bekas aktivis NGO, Chandra, aktivis Aliran dan Anuar Tahir, bekas Setiausaha Agong ABIM. Sekarang kedua-dua aktivis itu sudah meninggalkan Keadilan; Chandra kekal tidak menyertai mana-mana parti, manakala Anuar Tahir menyertai PAS dan sekarang dilantik, salah seorang ahli majlis tertinggi PAS.
Sesuatu yang menarik dalam Keadilan sekitar 1999-2001, tiada serangan hendap dilakukan oleh laman-laman reformasi ke atas Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, walaupun kepimpinannya lemah, seorang wanita, tiada pengalaman berpolitik, dan tiada karisma berpidato. Sama seperti sekarang tiada kritikan ke atas Wan Azizah sebagai Presiden PKR, walaupun beliau tidak berperanan dan hanya dianggap sebagai boneka. Sekaligus menjawab dari dulu, kini dan mungkin selamanya, Keadilan dan PKR adalah bernaung di bawah imej Anwar Ibrahim. Wan Azizah adalah isteri Anwar, jadi beliau terselamat dalam semua serangan yang pernah dihadapi oleh Chandra dan Anuar Tahir.
Dr Chandra adalah seseorang yang berjiwa intelektual dan idealisme tidak boleh menerima semua budaya korup (rasuah/politik wang) dan politiking dalaman(bodek/ ampu/nista) . Sebab itu, semasa keluar dari Keadilan, beliau memberitahu Presiden Aliran, P Ramakrishnan, bahawa beliau tidak boleh menerima 'politik wang' dalam Keadilan.
Selalunya, politik wang dikaitkan dengan UMNO, sebagai parti pemerintah, tetapi kenapa pula Dr Chandra dakwa politik wang membarah dalam Keadilan. Kalau menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan keluar parti, bermakna isu politik wang dalam Keadilan amat serius.
Kadang-kadang pelik juga, Keadilan dakwa mahu membendung rasuah dan politik wang, tetapi kenapa politik wang turut bermaharaja lela dalam partinya ? Dr Chandara dakwa politik wang sudah merebak dalam Keadilan pada tahun 1999-2001. Beliau keluar Keadilan pada tahun 2001. Ketika itu parti Keadilan masih kecil, hanya beberapa kerusi yang dimenangi, sepatutnya tidak berlaku politik wang.
Dari mana sumber kewangan yang diperolehi, sedangkan Keadilan ketika itu tidak memenangi apa-apa negeri ? Bagaimana pula politik wang membarah dalam Keadilan, adakah dalam program-program atau pemilihan parti ? Semua ini tidak dijelaskan oleh Dr Chandara.
Sekali lagi, kita kehairanan, bagaimana sebuah parti yang baru dan kecil (ditubuhkan pada tahun 1999) serta tidak mempunyai asas yang kukuh boleh menjana sumber kewangan yang banyak untuk pengurusan parti, penajaan calon, pejabat-pejabat negeri serta mengadakan program-program parti secara berkala. Dari mana sumber kewangan parti Keadilan ?
Ini sekaligus menjawab bagaimana Wan Azizah sering obses dengan pemimpin-pemimpin asing ketika itu termasuk Madeline Albright dan Joseph Ekstrada.
Sekaligus mengingatkan kita kepada cerita-cerita bekas pimpinan Keadilan yang telah meninggalkan parti seperti Lokman Nor Adam.
Lokman Nor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan pernah mendedahkan pada tahun 2004, bahawa Keadilan menerima duit daripada George Soros, si Yahudi yang pernah menjadi penyangak matawang, hingga berlaku kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997/1998.
Menurut Lokman, beliau tahu Soros merupakan penyumbang kepada parti Keadilan, apabila berlaku pergaduhan antara aktivis-aktivis Keadilan yang mahu berjumpa Soros. Berlaku pergaduhan antara Azmin Ali dengan wakil Tian Chua (Elizabeth Wong) kerana Azmin tidak membenarkan Elizabeth(ketika itu aktivis NGO SUARAM/HAKAM) berjumpa dengan Soros. Dakwa Lokman, Wan Azizah pun turut hadir dalam perjumpaan dengan Soros itu.
Pendedahan kedua Lokman, Keadilan menerima wang dari luar melalui Khalid Jaafar, Pengarah IKD (Institut Kajian Dasar). Lokman telah menunjukkan slid-slid bank akuan Khalid Jaafar yang menunjukkan aliran keluar masuk wang dari luar ke akuan Syarikat miliknya iaitu Syarikat Gelora Sdn Bhd. Transisi kewangan itu melalui Citibank.
Ini sedikit sebanyak menjawab, kenapa Anwar membawa Azmin Ali, Khalid Jaafar berjumpa dengan Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), bermesyuarat di Pentagon, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Azmin dan Khalid, dua watak yang dikaitkan sebagai orang tengah, menerima kewangan dari luar; Azmin dari Soros dan Khalid dari yayasan kewangan luar.
Kalau begini latar belakang penjanaan kewangan dalam Keadilan, maka tidak hairan, jika Dr Chandra mengatakan politik wang dalam Keadilan amat serius dan beliau tidak boleh berkompromi. Kita tidak tahu apa yang dialami oleh Dr Chandra, mungkin lebih serius daripada apa yang digambarkan.
Cerita barah politik wang dalam Keadilan seperti yang didakwa oleh Dr Chandra itu, cerita lama, berlaku sekitar tahun 1999-2001, ketika Anwar masih merengkok dalam penjara Sungai Buloh. Bagaimana dengan politik wang dalam PKR sekarang ? Ketika Anwar dibebaskan dan pernah bertugas di bawah pentadbiran Presiden Bush selama dua tahun (2005-2007) ? Ketika PKR menguasai sepenuhnya, antara negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor ?
Apakah tidak mungkin, politik wang lebih membarah dalam PKR, lebih buruk daripada yang digambarkan oleh Dr Chandra sekitar tahun 2001 dulu ?
AIDC

Kerajaan PP zalim dan tidak berperikemanusian !!
KEBUN BUNGA – Kerajaan Negeri yang memerintah pada masa kini dianggap tidak bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Quah Kooi Heong berkata, sepatutnya pemimpin Kerajaan Negeri turun dan berbincang dengan pemilik premis yang akan dirobohkan.
Menurutnya, kerajaan juga perlu memikirkan tempat terbaik untuk memindahkan barangan dan orang yang tinggal di bangunan ke tempat yang lebih baik dan sempurna.
“Jika pada masa kami memerintah dahulu, pelbagai cara untuk memujuk penduduk keluar dan pampasan diberikan dengan sewajarnya, tetapi kini saya lihat semuanya sudah berubah. “Jika ada yang patut keluar, mereka terus keluarkan tanpa rasa kasihan dan penuh tanggungjawab sebagai pemimpin,” katanya pada sidang media selepas Waterfall Caf dirobohkan kelmarin.
Hadir sama Koordinator Gerakan Bukit Bendera, Hng Chee Wey, dan Koordinator Gerakan Tanjong, Oh Tong Keong.
Waterfall Caf yang berusia lebih 120 tahun telah dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah Timur Laut.
Kedua-duanya bertindak atas arahan Kerajaan Negeri seperti yang dimaklumkan Pegawai Daerah, Azizi Zakaria.
Kooi Heong berkata, seharusnya Kerajaan Negeri bertindak seperti seorang pemimpin bukannya sebagai seorang pembangkang.
“Semua keluarga terpaksa keluar dalam keadaan marah, dan saya selaku Koordinator Kebun Bunga sekarang akan membantu sebaik mungkin keluarga ini,” katanya.
Sementara itu, keluarga N Sundras, pemilik Waterfall Caf menunjukkan rasa menyesal mereka terhadap Kerajaan Negeri yang telah diundi pada tahun lalu.
Sundras berkata, keluarganya begitu kecewa kerana pada tahun lalu pemimpin Kerajaan Negeri merayu-rayu datang untuk mengundi mereka.
“Tetapi apabila kami dalam masalah, mereka langsung tidak turun, pemimpin jenis apakah mereka ini,” katanya yang kelihatan sangat kecewa.
sumber : sinar harian
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun15 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kepincangan Pakatan2 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hilang sudahkah jati diri?4 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World












