Giliran Kak Ijat bantai Azran , desak Rafidah jawab

on Friday, May 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments





- Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menuntut penjelasan Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.




Berikut kenyataan penuh beliau:


Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X di atas kenyataan oleh Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.


Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepemimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.
Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil ke hadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan beberapa pihak lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk AirAsia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman


Komen GPB

GPB salute Wanita Umno yang berani bantai isu CEO Air Asia X lupa daratan ini ....ini bukan isu remeh tapi satu penghinaan terhadap Umno juga kerana akhbar Utusan adalah pendokong sebenar perjuangan Melayu .



7 Responses

  1. Anonymous says:

    Boikot AirAsia baru mereka faham untuk hidup aman.

    Sekian.

  2. Anonymous says:

    Rafidah dah jawab....kaatanya itu hak peribadi dia,...kan ini negara demokrasi????

  3. Anonymous says:

    Bodoh punya org

  4. Anonymous says:

    Bodoh punya org

  5. Anonymous says:

    Saya masih baca Utusan Malaysia online.

  6. Anonymous says:

    CEO beri statement utk batalkan iklan di Utusan Malaysia Rafidah Aziz kata personal opinion? Dah nyanyok kot makcik ni?

  7. Anonymous says:

    Biasala cakap x serupa bikin si rafidah ni. Jom org melayu semua ! Kita boikot
    Airasia.. Sememangnya top mgt airasia ni semua nye yg racist dan tidak hargai kerajaan bukan azran seorang..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.