Saya hormat Azizan sebagai seorang sahabat - Najib

on Saturday, May 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Beliau yang ditemani isterinya, Datin Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 1.30 petang serta meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Azizan yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi HPP.
Hadir sama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

 Menurut Najib, walaupun mereka berbeza dalam fahaman politik namun beliau menghormati Azizan sebagai seorang sahabat. 

"Alhamduillah beliau (Azizan) telah selamat menjalani pembedahan dan kini beliau menerima rawatan yang baik di sini.
"Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Azizan yang menerima kedatangan saya dan isteri dengan baik,"katanya kepada pemberita di sini.

 Dalam pada itu Setiausaha Akhbar Pesuruhjaya Pas Kedah itu, Mohd. Helmi Khalid berkata, doktor menasihatkan Azizan agar berehat dan tidak menerima pelawat sehingga kesihatannya pulih. - KOSMO!


2 Responses

  1. http://mediashahalam.blogspot.com/2013/05/kerana-bertindak-kurang-wajar-guru-srk.html

    tindakan seorang guru yang kurang wajar pada murid

  2. Xpas says:

    Hak Muslim terhadap Muslim lainnya, antaranya, bila sakit diziarahi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.