HOT ! MANGSA DEDAHKAN AIR ASIA TIPU KONONNYA HULUR BANTUAN

on Thursday, May 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Penumpang malang pesawat tambang murah AirAsia, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat penerbangan itu selepas dia dan anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang menaiki pesawat di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke tanah air baru-baru ini.

Malah, kata Izan Suhaila, dia kecewa dengan sikap lepas tangan AirAsia ketika berada di Vietnam dan berasa dipermainkan selepas hanya menerima panggilan daripada syarikat penerbangan itu yang menawarkan tiket percuma selepas selamat tiba di negara ini.

"Saya tegaskan di sini, tiada apa bantuan pun diperoleh daripada syarikat AirAsia selepas saya dihalang menaiki pesawat penerbangan itu. Tiada siapa yang membantu saya daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (AirAsia) tidak langsung menawarkan sebarang bantuan, malah saya terus mengambil teksi pada pukul 11 malam di negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, malam ini.

Kenyataan Izan Suhaila itu berbeza dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar yang mendakwa, ibu malang berkenaan menolak bantuan pihaknya kerana sudah menerima bantuan daripada pihak lain.

Aireen seperti laporan Buletin Utama di TV3 malam tadi berkata: "Pihak kami telah tawarkan bantuan kepada Suhaila Mohd. Alian, termasuk balik dengan percuma pada ketika ini (itu), tetapi saya rasa puan Izan (Izan Suhaila) telah dapat uruskan dengan pihak lain, jadi kami hormati bantuan diberi pada masa dan hari yang sama."

Sementara itu, Izan Suhaila berharap kejadian yang menimpa dia dan anaknya tidak berlaku kepada individu lain pada masa akan datang.

"Saya sedih dan tidak mahu bercakap mengenai AirAsia lagi. Apa yang berlaku ini sesuatu yang tidak dapat diterima. Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain.

"Mujurlah saya ada ahli keluarga yang dapat membantu ketika saya dan anak berada dalam kesulitan. Tetapi cuba bayangkan jika individu yang terkandas itu tidak mengenali atau mempunyai sesiapa di negara orang yang boleh diminta bantuan atau dihubungi," katanya.

Pada 18 Mei lalu, Izan Suhaila dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Ibu berkenaan dan anaknya berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas dibantu Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, kakak Izan Suhaila, Norhamiza mempersoalkan kewajaran AirAsia memaksa adiknya itu tinggal selama lima hari di Vietnam sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Izan Suhaila vs Aireen Omar - guess - who is telling the truth. Time will tell and the truth will prevail.

    ANYBODY?

  2. Anonymous says:

    boikot air asia

  3. Anonymous says:

    ini smua konspirasi UTUSAN & MAS & TV3 untuk boikot AIRASIA
    bila salah sorang pengurus dalam AIRASIA kata yang UTUSAN ni racist..

    sapa baca UTUSAN ?

    memang racist ke??

  4. Anonymous says:

    You try baca paper chinese? racist ke tidak?

  5. Anonymous says:

    Tidak keterlaluan jika kita kata "JOM BOIKOT AIRASIA".

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.