HOT ! Ostaz Zizan dimasukkan ke hospital !!

on Wednesday, May 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments









Bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan desas-desus mengatakan ketidakhadiran Azizan ke Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu kelmarin disebabkan keuzuran Adun Sungai Limau itu termasuk serangan jantung.

Bagaimanapun, beliau sebaliknya menjelaskan bahawa Azizan tidak dapat hadir kerana menjalani rawatan kaki akibat jangkitan kuman di KMC.

“Azizan dimasukkan ke KMC sehari untuk jalani rawatan jangkitan kuman pada kaki, bukan masalah lain termasuk serangan jantung.

“Beliau kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, Azizan dimasukkan ke wad KMC pagi kelmarin menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Istana Anak Bukit, walaupun pada awalnya berhasrat untuk hadir.



Komen GPB

GPB doakan Ustaz Zizan cepat sembuh ...baru saja habis PRU  tak kan nak diadakan lagi PRK..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.