GPB cukup tertarik luahan surat pembaca di Utusan semalam dari Bkt Mertajam yang mendedahkan The Unsung Hero disebalik kejayaan Umno dan BN mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Walaupun sdr Ahmad Hashim ini menceritakan pengalamannya sebagai jentera parti di tempatnya tapi GPB yakin ianya sama saja dengan tempat lain di seluruh negara.
Ini realiti sebenar yang wajib pemimpin atasan dan rakyat ketahui siapa dia jentera di sebalik kemenangan BN ini.
Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan.... siapakah mereka ini ?
majoriti mereka bukanlah seorang manager, executive , pegawai kerajaan , Guru tapi sebenarnya mereka ialah pekerja kilang , guard, pesara , penjaja dan sebagainya .
Siang malam mereka bertungkus lumus membantu kempen calon kita bagi memenangkan parti . Walaupun mendapat upah tapi semangat dan tenaga yang disumbangkan itu lebih tinggi lagi nilainya .
Adakah mereka ini mengharapkan balasan sesuatu yang besar jika BN menang ?
YA ..iaitu keamanan yang dinikmati dan kestabilan lebih 55 tahun yang diberi kerajaan BN . Kerajaan BN sudah membantu mereka cukup banyak melalui pelbagai bantuan diberi seperti duit BR1M dan itu yang disyukuri mereka.
Ia berbeza sekali dengan guru-guru yang sebahagiannya terang-terang menyokong PR. Mereka ini mendapat pelbagai insentif, bonus , elaun , ombihan daripada kerajaan tapi sayang langsung tak diterjemahkan dalam undi . Sebabnya mereka ini begitu emosi dek termakan hasutan talibarut PR di sekolah-sekolah seperti tak setuju dasar2 diperkenalkan seperti PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah ) dan lain2.
GPB harap kerajaan yang mendapat mandat rakyat ini agar memberi lebih perhatian sama kepada semua pekerja2 parti ini terutama di kampung2 kerana inilah wira sebenar kita tidak jemu-jemu terus menyokong BN .
dan jugak termasuk cyber troopers BN...
Yang mencemuh Kjaan & menyokong Pmbangkang (Melayu yg menyokong Pas & Pkr) dibelakang selain dari anak2 muda antara 20-35 tahun terdapat juga guru2/ustaz2 &ustazah2 di Sek2 & Tadika Kjaan mahu pun swasta.Diketahui dari cakap2/sembang2 bersama mereka sambil menghantar dan menunggu anak2 ditempat mereka belajar.Oleh itu Principal,Pegetua,Pengurusan dsekolah2 tersebut perlu juga dipantau terutama sekolah2 yang mendapat bantuan serta kemudahan drp pihak Kerajaan sekarang pd peringkat awalan lagi sebelum persepsi negetif trhdp Kerajaan menerap masuk dikalangan peljar diperingkat yang terlalu muda.