EKSKLUSIF ! LUAHAN HATI SEORANG ANGGOTA POLIS SELEPAS MENGUNDI KELMARIN ! #TOLAKPR #BN4MALAYSIA

on Wednesday, May 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




WARKAH SEORANG ANGGOTA POLIS.

Hari ini aku telah menunaikan kewajipan maha besar sebagai seorang warganegara dalam sebuah negara demokrasi untuk memilih kerajaan yang sah dan berwibawa.

Aku sebagai anggota keselamatan sangat teruja dan berbangga dapat mengundi awal pada 30/4/2013.

Aku bangun seawal pagi untuk solat subuh dan bersiap siap untuk ke pejabat. Aku lihat diri di cermin sambil tersenyum puas betapa segaknya aku.

Sampai di pejabat terus ke pusat mengundi dengan harapan biarlah aku orang yang pertama dapat mengundi...rupa rupanya sudah ramai yang beratur terlebih dahulu. Di wajah mereka tergambar semangat yang amat tinggi dan begitu segak sekali dengan uniform BIRU.


Proses mendaftar diri dan di calit pewarna unggu gelap sedikit kemerahan di jari telunjuk kiri berjalan lancar sehingga diberi dua helai kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk DUN. Aku sudah bertekad  parti mana yang akan dipangkah.

Sebaik sahaja aku hendak menunaikan tanggungjawab...tiba tiba sahaja hati ini begitu sebak dan tanpa disedari air mata menitis di pipi....ketika itu aku terbayang rakan rakan ku yang telah terkorban demi mempettahanksn negars tercinta ini...lebih lebih lagi yang terkorban di LAHAD DATU.




Mereka telah terlepas peluang untuk mengundi memilih kerajaan...betapa walaupun anggota keselamatan dihina sehinanya aku tetap reda mempertahankan negara.




Hati ku semakin sebak mengenangkan bangsa ku di hina di tanah air sendiri...agamaku dicaci oleh si kafir dan umat Islam sendiri yang mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain...Ya ALLAH ya Tuhan ku... kalimah suci Mu yang maha agung dijual beli dan dihina sehinanya....tidak takutkah mereka azab pedihmu di akhirat nanti....demi kuasa dan kerakusan harta mereka sanggup menghina tuhan mereka sendiri. Nauzubillahiminzalik..

Tanpa ragu ragu...dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim...aku tunaikan kewajipan memilih kerajaan yang berwibawa yang boleh mempertahan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini.

Wahai saudara saudara ku sekelian buatlah pilihan yang betul sebagaimana aku sedia berkorban untuk negars.

JIKA PUN PATAH PARUH AKAN KU TONGKATKAN KUKU....Negara ini tetap ku pertahankan. PILIHLAH KERAJAAN YANG ADA INI YANG TELAH TERBUKTI MEMAJUKAN NEGARA...

Bukan puak puak yang hanya mampu menghina Islam, Melayu dan sanggup menjual Negara. Berfikirlah secara matang. Sebarkan kepada saudara saudara yang lain supaya sama sama dapat merasai rasa hati ku ini.





** GPB minta mohon   sebarkan kepada semua pengundi melayu. Insyallah undi anggota keselamatan negara setiasa  bersama BN


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Assalamualaikum.... bila membaca warkah dari salah seorang wira negara kita, tak semena mena hatiku jadi sebak dan menitiskan air mata bangga ku. Banggnya aku dengan perjuangan anggota keelamatan kita di Lahad Datu dan di seluruh malaysia sekarang.Merekalah yang menjadi benteng pertahanan negara dari pencerobohan negara asing. Mereka sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi negara,bagaimana dengan kita pula? Aku juga akan memangkah BN yang sememangnya memperjuangkan Islam dan keharmonian negara tercinta ni. Syabas perwira ku. Yaallah bagilah kemenangan pada UMNO dan BN pada PLU 13 ini. Allah sayang Malaysia. Kau bangikitkanlah jiwa mereka yang telah mati untuk kembali menyokong BN. Janganlah mudah tertipu dengan kewarakan PAS,PKR dan DAP yang sebenarnya membenci ISLAM dan keharmonian negara ini. Islam kita pada hati bukan pada parti. PKR pati penipu, dan DAP parti anti Islam. Kalau masih ragu ragu lagi, buatlah sembahyang istikharah, mohon pada allah untuk membuat pilihan yang tepat. Aku pasti allah akan bagi petunjuknya, Insyallah. AMIN.

  2. Anonymous says:

    Teruskan perjuangan,seumur hidup aku,aku x pernah mencaci semua anggota keselamatan,dan ini akandipesankan kepada anak cucu ku!

  3. Anonymous says:

    Salam saudaraku aku juga telah menunaikan tanggong jawab ku mengundi pada 30 /3/13 aku pun satu pasukan dngan saudara tp saya bera sedih dn menangis bila membaca tulisan saudara.inilah yang saya katakan merwka telah menghina pasokan kita sehabis hinanya sampaikan mereka lupa tanpa kita bolih kah mereka di gelar yb.saya tidak akan sekali kali memberi indi saya pada mereka yang telah menghina kita.t/kaseh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.