Hot ! Anwar dan Guan Eng didesak letak jawatan jika tak terima keputusan PRU13

on Monday, May 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




- Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meletakkan jawatan setelah mereka mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu tidak bersih.


Ini bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan di Pulau Pinang dan di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan ia telus.


Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jika pilihan raya didakwa tidak bersih kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 9 Mei lalu.


"Saya cabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Kenapa menerima kemenangan pada PRU-13 lalu jika pilihan raya itu mereka dakwa tidak bersih dan satu penipuan.


"Inilah pemimpin double standard, kalau kata PRU-13 tak bersih, letak jawatan dan jangan mengheret rakyat tidak berdosa untuk membantah keputusan PRU-13," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Akhirnya, kebodohan Anwar memakan diri. Cuma, agak tak faham kalau Anwar ni dah bodoh, penyokongnya lebih-lebih lagi bahalol, tak kan senang sangat dipengaruhi walaupun dengan isu yang tak masuk dek akal.

  2. Anonymous says:

    tak kan berani dia letak jawatan...
    kenapa? tak pecaya..?...kahh kahh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.