PANAS! KERETA PETUGAS BN SEBERANG JAYA DISERANG SAMSENG PKR !!

on Thursday, May 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kempen pilihan raya di Permatang Pauh semakin agresif apabila sekumpulan penyokong pembangkang bertindak merosakkan kereta jenis Nissan Frontier milik petugas Barisan Nasional (BN) di Jalan Tenggiri di sini semalam.

 Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, sekumpulan 18 orang menaiki motosikal telah melakukan provokasi kepada tiga petugas lelaki BN yang menaiki kenderaan yang mempunyai pelekat gambar calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah. Jurucakap pilihan raya polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, semasa petugas BN mahu bergerak dengan kenderaan itu, telah berlaku pergeseran menyebabkan empat motosikal kumpulan tersebut terbalik dan empat cedera ringan.

 "Kerana tidak berpuas hati, mereka mengejar kereta berkenaan yang menuju ke Bilik Gerakan BN Seberang Jaya di Lebuh Tenggiri di sini.

 "Sekumpulan 18 orang yang menaiki 10 buah motosikal telah bertindak memecahkan cermin depan kereta tersebut dan cermin sisi dengan menggunakan topi keledar dan besi," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi. Roslee berkata, sepasukan anggota polis unit tempur ringan (LSF) dan anggota Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan itu.

 Katanya, tiga petugas BN yang terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya. - UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.