Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri beliau dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata.
Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri.
"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.
"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.
"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum.
Yes, that's my Minister....Its about time the Oppositions try to THINK of something useful and meaningful towards the development of the country! Not just bull shit and unlawful demonstrations..