Hot ! Tun M dedah sebab kaum Cina tak undi BN !!!

on Tuesday, May 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments





Masyarakat Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad ini.


Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir 
Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang didakwa korup".

Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.

"Sekarang bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.



"Saya telah berkata beberapa kali dalam kempen saya, begitu juga di Johor. Lim Kit Siang membawa konsep Malaysian Malaysia, dengan niat untuk membuat orang Cina membenci Melayu," kata Dr Mahathir.

Akibatnya, tambah beliau, ramai orang Cina menolak salam persahabatan Melayu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menolak kewujudan "Melayu yang tamak" untuk mendapatkan kuasa.

Menurutnya, terdapat tiga parti berasaskan Melayu, dan wujud keretakan dalam setiap parti, begitu juga Umno.- Malaysiakini-

Malah, kata Mahathir, orang Melayu telah menjadi "pengemis di negara mereka sendiri".

"Jika orang Melayu tidak tamak, tidak akan berlaku 'tsunami Cina," tegasnya.


14 Responses

  1. dalam keadaan umno/bn yang kononnya bercelaru dalam pru 13 ini....

    umno/bn masih boleh menang dengan keputusan 60% itu tidak boleh disangkal....

    bagaimana teruk pun prestasi bn/umno tapi masih boleh berkuasa....

    itulah kuasa melayu yang mutlak....

    tidak dapat dikalahkan walaupun pada hakikatnya melayu sudah pecah 3 dan orang cina semua bersatu hati sokong dap dan pakatan rakyat....

    ini sudah terbukti dari tahun 1957 lagi.....

    oleh itu sekarang orang melayu yang sokong pakatan masuk lah barisan dan menyokong umno/bn kerana tidak ada gunanya menyokong pembangkang....

    anda tidak akan menang....

  2. Anonymous says:

    Orang China kata mereka ditipu..
    Hakikatnya mereka ini memang suka menipu...
    Kalau tak tipu, bukan China namanya..

    Tokong dia pun dia tipu

  3. berasiam says:

    Takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Mereka menyangka pola pengundian orang Melayu sama seperti PRU12. Mereka berharap sikap orang Melayu kekal menolak UMNO sebagaimana PRU12. Pada PRU12, undi Cina berpecah kerana sebahagian mereka tidak menjangka UMNO ditolak oleh sebahagian besar pemilih Melayu sendiri. Dengan jangkaan pola berkenaan kekal dan harapan mereka bahawa PAS dan PKR berjaya memesongkan undi Melayu ke arah mereka, Cina mengambil keputusan untuk memberikan undi kepada penentang BN pada PRU13 untuk menumbangkan terus BN dari persada kuasa.

    Malangnya mereka tersalah jangka. Malangnya mereka tertipu dengan kekuatan PAS dan pengaruh PKR yang sebenarnya tidak seberapa. Malangnya mereka terperangkap dalam cubaan mereka meraih kuasa dengan menolak semangat toleransi BN yang sekian lama memberikan mereka kemakmuran dan kekayaan.

    Siapa kata orang Melayu dan Bumiputera tidak cerdik dan tidak matang berpolitik. PRU13 membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputera telah mencium niat buruk orang Cina untuk menumbangkan kuasa Bumiputera di Malaysia lalu bersatu menggagalkan cubaan mereka. Hasilnya ialah sebuah kerajaan majoriti Bumiputera yang tidak dapat dicabar kekuatannya biarpun tidak menguasai 2/3 Parlimen. Dengan keputusan MCA untuk menolak sebarang penyertaan berjawatan dalam kerajaan, kaum Cina hilang kuasa besar tawar menawar mereka. Dengan kata lain, kerajaan majoriti Bumiputera yang terbentuk berpeluang untuk mengetengahkan agenda Bumiputera yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya, termasuk DEB sendiri.

    Dengan kesedaran bahawa kesombongan orang Cina berpaksi pada penguasaan mereka dalam ekonomi, satu dasar untuk menjulang ekonomi Bumiputera haruslah segera diperkenalkan dengan pelaksanaan yang lebih pragmatis. Mengambil pengajaran daripada DEB yang tidak mencapai matlamat 30% penguasaan Bumiputera dalam ekonomi, dasar yang dibentuk hendaklah lebih jitu dan kemas. Dengan bilangan usahawan Bumiputera yang kian meningkat, tumpuan haruslah dipertingkatkan untuk memastikan bahawa mereka memperolehi kemudahan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Teraju hendaklah diberikan kuasa yang jelas atau sebuah kementerian hendaklah diwujudkan untuk memastikan perkara ini terlaksana. Pembentukan usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan juga perlu dipergiatkan bagi meningkatkan peratusannya serta sebagai alternatif kepada pengguna mendapatkan bekalan.

    Dengan pertambahan kelas menengah Bumiputera yang dihasilkan daripada DEB dan selepasnya, kita percaya usaha sebegini akan lebih mudah. Usahawan tulen yang berwibawa akan wujud kerana latar belakang pendidikan mereka yang lebih baik berbanding dengan ketika DEB dilaksanakan dahulu. Tumpuan usaha ini juga perlu diberikan kepada Sabah dan Sarawak yang menyumbang hampir 50 kerusi Parlimen kepada kerajaan Bumiputera yang terbentuk sekarang.

    Tidak ada faedahnya untuk kita terus melayani kerenah orang Cina yang ternyata sikap tidak mengenang budinya. Kerajaan majoriti Bumiputera yang terbentuk hendaklah mengenang budi para pengundi yang telah memberikan mandat kepada mereka dengan menggubal dasar ekonomi yang mampu meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera supaya menyaingi ekonomi orang Cina untuk menghapuskan kesombongan yang mereka zahirkan. Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang perlulah menyuarakan agenda ini dengan jelas dan menuntut aku janji kerajaan supaya perkara ini terlaksana dengan segera.

    Tanpa penguasaan ekonomi Bumiputera yang bermakna, Cina akan terus memandang rendah terhadap Bumiputera dan akan terus menunjukkan kesombongan mereka dengan cuba untuk menguasai semua perkara termasuk politik dan kekuasaan di negara ini.

  4. Anonymous says:

    Tahniah buat Pm Najib Tun Razak.terlalu gembira bila BN menang.wahai semua org2 MELAYU,FIKIRKAN NASIHAT yg diberikan oleh TUN DR MAHATIR MOHAMAD buat kita semua.BERHATI2.

  5. Anonymous says:

    senang aje...nak menyatukan semua kaum. Buka satu jenis sekolah kat malaysia ni, cam indonesialah gitu. Sini namanya pelbagai bangsa duduk tapi masing2 berpuak2. Yang cinanya tak fasih Bahasa Melayu. Namanya orang malaysia tapi...bahasa melayu teruk. Jadi patut ada satu jenis sekolah aje iaitu sekolah kebangsaan. Jadi...cina,india dan melayu boleh bersatu. Ini tidak sekolah asing2....pastu nak salahkan cina. Mana ada cina buat kerja ngan ikhlas...cina ni meterialistik. Selagi ada pelbagai jenis sekolah kat malaysia,,,,,selagi itu ada perkataan...kau kau...aku aku.
    Lagi satu kalau betul2 nak melayu undi BN. Selesaikanlah masalah2 kat hospital2 kerajaan dulu. Ini tidak...semua aduan buat dek je. Doktor2 yang cuai tu dilindungi. Habis sape nak selesaikan kalau semua orang kat jab. tu buat dek je. Doktor ni ada lesen cederakan orang atau cacatkan orang. Bila pesakit mengadu kat Orang2 BN, mereka janji nak selesaikan tapi senyap je. So...orang melayu macam saya ni tak caya ngan pentadbiran yang ada sekarang ni lah. Saya tak kata parti lain tu baik cuma kalau betul2 krj nak orang melayu undi BN, selesaikanlah masalah rakyat dan siasatlah semua pekerja2 krj ni. Pasang cctv kat bilik2 doktor ni dan jab2 krj. kalau masalah kat hospital tak boleh selesai, camne nak undi BN? Sebab tu banyak pesakit teraniaya dan banyak terpaksa mendiamkan diri bila pengaduan tidak dilayan, nak ambil tindakan mahkahmah...nak itu dan ini. Ini pun salah satu mengapa orang melayu marah kat krj. Nak buat pembangunan je tapi...betapa banyak orang menjadi cacat sbb doktor krj sendiri tak nak siasat. So macammana kita nak percaya dia. Kalau menteri tak tolong kita, buat apa kita nak tolong dia. Kita nak keadilan bukan minta bangunan, jadi ngape buat dek je. Tubuhkanlah satu penyiasatan khas untuk siasat pekerja2 krj ni, barulah pekerja lebih berhati2 dan buat kerja standard macam swasta. Selesaikan masalah ni dulu, baru rakyat melayu yakin ngan BN. Lagi satu jangan bunuh anjing2 dan kucing2 liar tu.... kesian

  6. Anonymous says:

    Melayu tamak? ala Tun cakap je la siapa yang tamak tu? Melayu as a whole bangsa yang tak tamak lansung.

    Ini lah sebab nila setitik santan sebelanga rosak.

    Tapi yang tamak kaum cina hampir 100% mengundi pembangkang. Mereke tamak kan kuasa dan tak mahu dgn konsep BN "perkongsian kuasa bertunjang kan UMNO. Tak cukup lagi dgn kemudahan, kemewahan dan konsesi yg telah di beri kepada kaum cina.



  7. Anonymous says:

    berasiam,

    Saya sokong!!

  8. Anonymous says:

    perkara kestabilan ekonomi bumiputra perlu di ambil kira kerana DEB yang di laungkan tidak menjadi kenyataan, semuga kerajaan akan memandang serius perkara ini untuk mengembalikan jurang ekonomi dengan bagsa lain, penyusunan semula penempatan kaum di bandar perlu di tinggkatkan dengan membina rumah mampu milik oleh bumiputra di tambah, tiada gunaka=nya kemajuan di kota-kota tapi bumiputra hanya memandang sahaja kerana tidak mampu memiliki kediaman yang terlalu tinggi harganya di luar kemampuan golongan bumiputra.

  9. Anonymous says:

    Pembangkang Melayu bodoh sombong!masalahnya orang melayu yang menentang melayu adalah hasil dari dasar Ekonomi Baru,hasil dari Dasar Pendidikan yang dibuat oleh kerajaan!bertujuan untuk mendidik melayu berpelajaran dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup melayu!ada ke melayu yang menikmati perjuangan UMNO berterima kasih dan bersatu membimbing jenerasi mendatang?Bila dah kaya dan duduk dibandar bermewah-mewah mula lupa asal usul malah ada anak2 orang kaya ni lupa jalan balik kampong!Konon aku dilahirkan senang,apa nak heran sama UMNO/Kerajaan yang membuat dasar atau memimpin mereka kearah apa yang ada.
    Mereka inilah sebenarnya yang bergelar jutawan,profesor dan juga usahawan berjaya yang memijak kuasa politik melayu!Apakah sumbangan mereka buat kpd bangsa bila ada kedudukan?Dan mereka inilah juga yang menyumbang kpd terhakisnya kuasa anak bangsa,yang mana berlambak lagi di kampong2 yang hidup miskin,tapi tetap setia mengharapkan pembelaan bangsa sendiri.Tapi apa mereka dapat?mereka dapatsumbangan perpecahan dan kelemahan kuuasa dari mereka ini yang boleh diketogerikan sebagai Petualang Bangsa.

  10. Anonymous says:

    khas buat JAKIM...!!! sila keluarkan semula kitab-kitab lama orang melayu dan beri kebenaran kepada guru-guru ilmu tauhid mengajar orang-orang Islam...Sila rujuk semula sejarah kerajaan melayu melaka, sejarah kesultanan demak di indonesia, sejarah wali songo yang mana kerajaan ini berjaya sebab apa??? tengok sejarah pemerintahan 14 hari kominis di tanah melayu, siapakah orang melayu yang paling ramai dibunuh??? (Ustaz, imam, guru agama...etc.)tengok sejarah 13 mei 1969...sebab apa orang cina ni berhenti merusuh???baca sejarah...baru faham...

  11. Anonymous says:

    Kawan aku cina ...katanya masa dia kecik dia duduk kat perkampungan cina campur melayu. Tempat dia tak gaduh....yang gaduhnya start dari KL. Kata cina tu lagi tak de berlaku pembunuhan. Cumanya orang cina bakar rumah melayu dan orang melayu bakar rumah cina.Masa tu rumah papan senanglah terbakar. Kata cina tu lagi , rusuhan tu berhenti bila pm masa tu panggil askar2. Langsung rusuhan berhenti. Itulah pengalaman orang cina yang crita hidup zaman tu. Itulah kejadian sebenar yang diceritakan oleh orang yang merasainya sendiri daripada membaca buku sejarah.

  12. Anonymous says:

    smua nya da nyata..smua Dan faham..ayoh apalgi.. cerita politic da habis..smua umat islam usha kan..agar dpt bersatu padu..buat yg terbaik smoga tanah air yg tercinta ttap milik kita..selama nya..bersatu tguh bercerai roboh..ingt..

  13. takkan hilang melayu didunia kata hang tuah...
    namun kekuasaan orang melayu belum tentu akan berkekalan sekiranya kita sesama melayu masih bersengketa dan memusuhi antara satu sama lain.. sedangkan kaum lain bertepuk tangan melihat perpecahan tersebut.. jangan hanya fikir untuk kesenangan sendiri untuk jangka masa yang singkat.. fikirkan anak cucu dan keturunan kita nanti.. adakah mereka dapat mengecapi sepertimana yang kita kecapi hari ini? bangunlah melayu, bersatu sesama kamu, jangan kerana pandangan politik, kamu bermusuhan.. kita yang rakya dibawah ini hanya mendapat kesenangan pada ambang pru sahaja, sedangkan orang yang kita bela dan kutuk tetap mendapat elaun dan gaji setiap bulan sepanjang penggal mereka memerintah.. dimanakan kesedaran kita? ingat wahai melayu yang beragama islam, ,susah dan senang, hidup dan mati, dosa dan pahala, syurga dan neraka, tidak ditentukan oleh mana2 parti politik, tapi ditentukan oleh Allah S.W.T. sendiri kerana hanya ia yang maha mengetahui akan yang mana benar dan yang mana pembohongan.. kita yang tidak mengetahui perkara tersebut hanya akan menimbulkan satu pembohongan, dan menjadi satu fitnah sekiranya apa yang kita sebarkan itu hanya khabar palsu.. dan sekiranya ianya benar, menjadi satu kebaikan bagi kita.. tapi, adakah kita sahih mengetahui bahawa ianya satu kebenaran? atau satu pembohongan?

  14. Anonymous says:

    orang melayu bukan beralih arah suka-suka. Mereka berasa kecewa melalui pengalaman mereka sendiri. Khabar2 angin memang ianya tidak jelas tetapi bagaimana sekiranya ia berlaku pada diri sendiri. Dulu saya tak minat politik. Tapi satu hari ianya terkena pada diri saya sendiri. Pengaduan telah dibuat kepada pemerintah negeri masing2 hingga ke pusat. Ianya sungguh membahayakan nyawa dan boleh membawa maut ketika itu. Hati saya hampa bila saya membuat pengaduan di Jab. berkenaan (tak perlulah saya sebutkan disini). Ini bukan kesalahan saya tetapi atas kelalaian pihak jab. terbabit. Sihat walafiat mulanya tapi setelah bertemu dgn manusia terbabit, terus bergelumang dengan darah dan hentakan kaki di lantai menahan sakit. Hampir setahun menderita dan sekarang sakit akan datang. Kata orang boleh memakan masa hingga 10tahun hingga 30tahun.
    Pengaduan di buat tetapi MANUSIA tersebut disorokkan oleh jab. berkenaan. Mengapa mereka sorokkan, mengapa manusia tersebut tak mahu bertanggungjawab. Satu jab. lagi di talipon....jawapannya kes dah ditutup. Ya...Allah mengapa mangsa tersebut tidak dipedulikan. Sedih......lantas mangsa yang hampir2 menemui maut berjumpa dgn orang kuat yang berkuasa skang. Setiap negeri ada orang kuat masing2 . Tapi katanya akan memberi jawapan tapi sehingga kehari ini tiada jawapannya. Salahkah saya menuntut keadilan. Salahkah saya ingin berjumpa dgn orang yang bertanggungjawab. Saya call manusia tersebut tapi dia meletakkan talipon. Saya beritahu ketua di jab. itu, mereka kata mereka tak dapat buat apa2. Manusia tersebut mengeluarkan laporan palsu atau penipuan. Saya adukan tapi mereka tak peduli . Takkan saya nak ke bandar pemerintah sekali lagi. Lantas saya berfikir ...kalau semua tak pedulikan saya, mengadu sana dan sini tak dipedulikan, saya terfikir, kalau perkara inipun tak dapat diselesaikan....Malaysia ini besar, dapatkah dia selesaikan masalah rakyat. Negeri sendiri pun takut nak tegur ketua jab. , padahal pangkatnya besar kat negeri ini. Jadi perlukah saya memilih ketua ini yang tak pedulikan nyawa seorang manusia. Beribu-ribu wang habis menyelesaikan masalah sendiri sedangkan ianya dilakukan oleh ORANG-ORANGNYA (faham sendiri ya). Kalau seperti ini dibiarkan di jab. tersebut, tentu ramai lagi yang akan kehilangan nyawa. Tuan-tuan dan puan-puan saya dah puas mengadu...manakah lagi tempat saya nak adu???Penat dan habiskan wang ke sana dan kemari. Bila tiba mengundi, terbayang di kepala saya ORANG BERKUASA tu tak pedulipun aduan saya. Jadi tuan-tuan , salahkah saya memilih pemimpin yang akan mendengar keluhan hati saya. Pemimpin itulah yang menggunakan kuasa menyuruh jab. tersebut mengeluarkan laporan Pemimpin itu bukan berbangsa melayu. Saya cuma minta keadilan , salahkah saya? Inilah pengalaman saya sendiri. Banyak orang2 melayu teraniaya....tuan-tuan tak tahu sebab belum pernah merasainya lagi. Saya mahukan pentadbiran yang cekap dan janganlah buang pengaduan kami di dalam tong sampah. Walaupun manusia terbabit menipu dalam laporannya....hingga kini jab. tersebut masih melindunginya. Jadi tuan2....SIAPAKAH PEMIMPIN YANG BERANI MENEGUR JABATAN TERSEBUT....NOBODY......
    Kalau ditegur nanti tidak mendapat undian pula...so perlulah ada PEMIMPIN yang berani dan tak takut jatuh bangun kerana menegakkan kebenaran

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.