Kita semua telah ketahui bahawa kejayaan pembangkang mengekalkan 3 buah negeri & menafikan 2/3 majoriti Parlimen yang di target BN adalah kerana peranan Media Sosial mereka .
Serangan propaganda fitnah mereka ala Hitler terhadap kerajaan terutama SPR oleh Red Bean Army memang tersusun rapi. Di pihak kerajaan pulak masih lagi bergantung kepada cara konvensional iaitu menggunakan semaksimum mungkin penyebaran maklumat di media arus perdana semasa waktu kempen pilihanraya lepas.
Media sosial ?? Ya .. BN ada juga menggunakan jentera cybertrooper nya sedia ada di blog & facebook untuk menangkis serangan pembangkang tetapi masih lagi banyak perkara perlu diperbaiki . Malah masih lagi ada calon/ pemimpin BN sendiri tidak mengiktiraf peranan media sosial ini dalam kempennya .
Masih lagi belum terlambat untuk kerajaan yang diketuai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak untuk mengatasi segala masalah ini .
Ini kerana kita masih lagi menjadi pilihan rakyat untuk mengetuai kerajaan dan gunakanlah kuasa yang ada ini bagi mempersiapkan parti menghadapi PRU14 .
Ingatlah barisan Pak Menteri semua !
Jentera2 media sosial pro BN ini lah aset sebenar kerajaan .....
Jangan harap la kakitangan kerajaan di setiap jabatan nak menjawab segala fitnah pembangkang ini. Contohnya isu GST yang dimainkan di media sosial pembangkang kononnya telah diperkenalkan kerajaan selepas PRU13 , ada ke orang dari MOF jawab di media arus perdana atau sosial ??
Tak kan nak suruh blogger jalanan & facebooker cari kawan nak jawab fakta ini semua ? Siapa yang ada bekerja & makan gaji dengan kerajaan sekarang ?
*** Pecat lah segala penasihat2 memberi nasihat salah kepada kerajaan ketika PRU13 ..
1) Sudah pun diiktiraf peranannya sebagai saluran perdana oleh Institut Kajian Oksidental, UKM.
2) Bakal menjadi medium propaganda utama dalam PRU14.
3) Malangnya, perwira dalam media sosial masih lagi dipandang sebagai kumpulan sampingan oleh pihak yang menang dalam PRU13.
4) Pihak yang menang perlu memperkemaskan semula jentera dan langkah jangka panjang untuk bertempur dengan Red Bean Army dalam PRU14.
5) Kemenangan PRU14 akan ditentukan oleh media sosial. Kini jumlah pengundi muda adalah 42%, bayangkan jumlah itu sudah menjadi 70% (campuran generasi muda sekarang) pada PRU14. Sudah tentu medium persepsi dan propaganda utama adalah media sosial.
6) Usah pandang rendah dan main main dengan media sosial. Kuasanya sudah menjatuhkan kerajaan di beberapa buah negara. Berilah perhatian serius. Jagalah veteran perang media sosial PRU13. Mereka aset berguna bagi BN dalam PRU14.
7) Usah menyesal selepas segalanya berakhir pada PRU14 nanti.
Penulis agak terkilan dengan nasib blogger-blogger jalanan yang Pro UMNO/BN di Selangor yang 'berperang' siang dan malam dalam PRU ke-13 yang lepas dalam membantu jentera UMNO/BN, namun sangat menyedihkan kerana mereka dilayan macam PENGEMIS?
Kebajikan mereka langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN Selangor? Renong-renongkan lah untuk persiapan PRU ke-14 nanti! Adakah mereka (blogger) ini akan 'letak senjata'atau berpaling tadah? Wallahuallam. sumber