Polis akan terus bertindak di perhimpunan 505 hari ini

on Saturday, May 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah.


 Beliau berkata perhimpunan 'suara rakyat 505' itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka.

 "Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik," katanya dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.

 Ahmad Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.


 "Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya.

 Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak tanggapan tindakan polis dan agensi di bawah kementerian berkenaan menggambarkan ketegasan beliau sebagai menteri dalam negeri yang baharu. Tanggapan itu timbul ekoran penahanan tiga aktivis pembangkang di bawah Akta Hasutan dan rampasan akhbar serta majalah pembangkang yang melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan oleh agensi di bawah kementerian berkenaan baru-baru ini.

 Beliau berkata tindakan tegas pihaknya adalah bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada.


 "Saya menyerahkan kepada pihak profesional untuk melakukan tindakan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang harus dikuatkasakan oleh mereka sendiri dan tidak ada campur tangan daripada saya selaku Menteri Dalam Negeri," katanya.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    saya sokong dato seri

  2. Anonymous says:

    Polis jangan takut, cuma kena berhati-hati. Bukan sebab bahaya, tapi puak ni nak cari salah polis. Nak jadikan polis kambing hitam, lepas tu salahkan kerajaan zalim, lepas tu masuk you tube dengan editing jadi sensasi. HE he he, cukup cukuplah puak haprak, takkan nak memerentah cara jalan belakang. Kalau kau sanggup buat susah orang awam, kami pun sanggup hancurkan korang. he.he.he

  3. alkisah nyer says:

    Sudah tiba masanya pihak keselamatan bertindak dan berhenti memberi amaran..
    Pr hanya inginkan kuasa melalui undang2 rimba..

  4. Anonymous says:

    Tangkap aje ... Menyusahkan org aje ! Gi lah tinggal luar msia ..tak sanggup kita tgk msia DI bom sana-sini .. Menyampah dgn geng pakatan haram !

  5. Anonymous says:

    KDN & Polis kena tegas....

  6. Anonymous says:

    Makin banyak komen yang memberi keyakinan buat pasukan Keselamatan Malaysia yang mengjunjung panji dan amanah besar Negara dalam memastikan keamanan terus abadi di hati rakyat jelata. Harap Negara terus aman dan segala anasir jahat dapat dihancurkan. Marilah kita sama2 memberi kerjasama dengan tidak memberi sedikit ruang pun untuk konco2 Pakatan pembangkang mendapat keuntungan dari demontrasi yang dilangsungkan. Kami berdoa moga Allah melindungi keselamatan pasukan polis dan keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.. Hancur, hancur, hancurlah Anwar buat selamanya.

  7. Anonymous says:

    hak majoriti rakyat untuk menikmati keamanan lebih perlu diutamakan oleh pdrm daripada hak minoriti yang kemaruk berhimpun meniup api permusuhan dan huruhara

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.