Hot ! Zul Nordin cabar kejantanan Azran tarik balik iklan secara rasmi @NajibRazak

on Wednesday, May 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments





 - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.


Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.




 Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘


Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.


 Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

 Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.


 Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut.

 Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis. 

‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.

 Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.

 ‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan mehnah,’’ katanya.


13 Responses

  1. Anonymous says:

    MELAYU MUDAH LUPA INILAH CONTOHNYA...BESAR KEPALA KERANA JADI KEPALA SEBUAH SYARIKAT BESAR. DIA INGAT DIA HEBAT SANGAT KOT...TAPI BIASALAH BILA KADUK NAIK JUNJUNG. DIA INGAT DIA POKOK SIREH.

  2. Anonymous says:

    wajib Undur bagi En Arzan nie, walau pun itu adalah kemahuan pihak pengurusan Air Asia untuk mengatakan Utusan Malaysia sebagai rasis, Dia sebagai bangsa melayu hendaklah mempertahankannya,,,,,Wajib undur bagi En Azran, banyak lagi kredebiliti bangsa melayu yang boleh mengantikannya.....

  3. Anonymous says:

    org melayu senang hari ini adalah hasil dasar yg dilaksanakan kerajaan BN. jgnlah sombong bila kita dah senang. berlajarlah bersyukur. terima kasih BN.

  4. Anonymous says:

    si azran ni contoh melayu moden yang lupa diri. ntah2 yang haram bagi penganut islam makan pun ditelannya tu yang hati hitam dah tak tau beza yang betul atau tidak. muka jenis pecah pintu cam ni elok sangat kalau jadi lanun di lautan bukan pengerusi syarikat penerbangan.

  5. Anonymous says:

    sah air asia cari problem ngan orang melayu....hehehe....

  6. shokri65 says:

    Salam perjuangan....Tahniah bro blogger n Tahniah sepuluh bintang untuk sdr Zul...Teruskan tembak Sibotak tak tau diuntung tuu...bg kesedaran sedikit kepada kepala hotak bengung licin tuu...INILAH...INILAH...INILAH contoh tanggang bedebah paling nyata diabad ini...diberi bunga dilempar t*** balik akhirnya...tak ubah b**** lah perangainya...tahniah beribu kali tahniah utk bro blogger ni n zul,....teruskan tegakkan yg haq dan benamkan kepa**** bumi akan kebhatilan....Wassalam...Hidup Islam..Hidup Melayu..Hidup Duli Tuanku...Undi Barisan Aman Hidup...AKU ORANG UMNO TOTOK!!!!

  7. Anonymous says:

    tu la melayu liberal, check dia gi solat jumaat tak dah cukup tahu siapa dia sebenarnya.

  8. Anonymous says:

    golongan yg melayu yg lupa diri inilah yg menangguk di air yg keruh, beroleh bermcm2 keistimewaan hasil dari perjuangan melayu.. dalam masa yg sama pejuang2 melayu dan penyokong2 melayu umno akar umbi dan pendalaman merintih kepayahan dan tidak mendpt byk nikmat dari perjuangan dan sokongan mereka.. namun mereka tidak sesekali ingin khianat dan perpaling tadah apatah lagi mengankat org kafir menjadi pemerintah..
    penyokong dan ahli akar umbi sering dipandang sepi.. hasrat dan keinginan mereka.. pemimpin umno sendiri byk yg sudah lupa dgn tugas dan tanggung jawab mereka..
    ketua pemuda umno menjadi bacul.. tiada program2 kebangsaan bagi mengisi jiwa anak2 muda melayu khususnya umno bg menbentuk kesedaran dan jati diri utk mempertahankan bangsa agama dan tanah air.. jiwa ank2 muda umno benar2 kosong.. tidak sanggup dan faham utk berdepan dan mempertahan agama bangsa dan tanah air bile berdepan dgn musuh.. kalau ade.. hanya la inisiatif dan kesedaran mereka sendiri.. pemuda umno benar2 telah dibaculkan oleh ketua pemudanya.. yg tanpa malu dan segan berkehendakan pula jawatan menteri utk menyambungv riwayat politiknya..

  9. Anonymous says:

    sokong kenyataan sdr. Azran

    sdr. Zul Nordin usah berkokok.
    Kat Shah Alam dah kalah terok.

    Hehehe

  10. Anonymous says:

    Melayu mcm zul nilah yg menyebabkan melayu terus mundur

  11. Anonymous says:

    mundur kepala bapak ko...apa lagi cina mahu? Ni statement rasiskah??? bodoh punya melayu...belagak bagus..melayu yg suka kepala dipijak kapir...dia nilah contoh melayu baru yang konon2 liberal..kwn2 sekeliling mesti kapir...bekawan dgn kapir yg suka merendah-rendahkn melayu..suka kutuk melayu n dia mengiakan sahaja...melayu dayus yg xde maruah..ko mampos aku kencing atas kubur ko..anonymous 7.24 n si azran ni igt dia berjalan kehadapan tp stlh disongsangkn oleh kwn2 DAP N pkr n PAS dia sbnrnya yg mengundur kebelakang...TAHNIAH PR kerana berjaya menyonsangkn org melayu!!

  12. Anonymous says:

    Melayu mundur ,bukan kerana org macam Zul,kerana Zul Nordin sendiri pun tak lah mundur,dia sendiri seorang lawyer.Melayu jadi mundur kerana sikap pemalas dan hanya menunggu subsidi.Mentaliti begini ramai dalam Pakatan Rakyat pun.Melayu yang bersama PR ,bukan maju sangat cuma mereka berharap PR menang dan nanti bolehlah mereka mendapat sesuatu.Itu yg mereka tunggu.

  13. Anonymous says:

    Fly MAS, Firefly and MAS Wings instead.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.