#FestivalBelia Putrajaya 2013 dapat sambutan baik golongan muda @khairykj

on Saturday, May 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dan penyertaan golongan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2013, yang masuk hari kedua. 

Beliau meminta golongan belia memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan pada festival itu. 

"Masuk hari kedua ini, saya melihat sambutannya cukup baik. Belia kita begitu bertenaga. Kita mahu gunakan tenaga belia ini dengan cara yang baik untuk kepentingan dan pembangunan negara," katanya kepada pemberita, hari ini. 




Khairy berkata pada tahun depan, festival itu akan diseimbang dengan program ilmu dan kerohanian kerana pengisiannya penting dalam usaha kerajaan membentuk modal insan yang tidak hanya leka dengan aktiviti bersifat duniawi serta kebendaan. 

"Saya tidak mahu festival belia ini hanya menjurus ke arah hiburan saja. Hiburan itu ada, tapi kita seimbangkan program kita dengan acara yang memberi manfaat ilmu dan kerohanian," katanya. 

Sementara itu, timbalannya, Datuk M Saravanan yakin ramai belia dan orang ramai akan membanjiri festival berkenaan esok dan lusa, yang menjanjikan pelbagai program menarik untuk semua lapisan umur. - BERNAMA



One Response

  1. tobeng says:

    Bab untuk menambahkan program kerohanian ini aku sokong 100%.Orang dah muak dengan konsert2,pertunjukan2 hiburan tak habis2..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.