2 artis Melayu hiburkan ulangtahun syarikat arak

on Sunday, September 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


” Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators. ” (sumber Wikipedia)

Dalam bahasa mudahnya, Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness.

Dan seperti biasa, akan adalah disko di sini yang mengadakan konsert sempena ulang tahun itu.

Pada 28 September ini, ia akan diadakan di SouledOut Hartamas.

Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan.

Yang sedihnya, dua artis terkenal kita iaitu Ning Baizura dan Mizz Nina pun akan membuat persembahan sempena majlis tersebut.

Sebagai seorang Muslim, kita tertanya-tanya juga kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan, malah menghiburkan majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan alkohol kepada pengunjungnya itu.

Malah Mizz Nina sendiri bukanlah pertama kali menyertainya.

Ke mereka ingat alkohol dan nyanyian adalah dua benda berbeza atau macam mana?

Atau mungkinkah ‘imbuhan’ yang diterima adalah segala-galanya?

Ye, kita mungkin tak layak menghukum mereka cuma kita bimbang mereka yang ‘menghukum’ diri mereka sendiri….

Sumber : mynewshub


One Response

  1. Anonymous says:

    lagi pelik aku...sebab hari2 aku lalu federal hgway nampak kilang arak....ada dua lagi tu hehehe kalau dah ada kilang...tak heran la ada yg nak meminum nye...pelik kan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.