Pakatan buta sejarah, Sang Saka Malaya bukan bendera asal Tanah Melayu !!

on Tuesday, September 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

 Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

 Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

 Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

 “Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

 “Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

 “Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

 Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

 Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

 “Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bermula dari Kerajaan Sriwijaya di Indonesia yang beragama animism (menyembah hewan dan pokok). Kerajaan Sriwijaya melakukan perniagaan dengan kerajaan2 di China dan di Arab (ISLAM), sehingga bendera MERAH PUTIH dipergunakan oleh Kerajaan Sriwijaya pada waktu itu, Merah dari China dan Putih dari Islam (Arab)

    Agama Islam mengubah Kerajaan Sriwijaya menjadi Kerajaan Melayu di Indonesia dengan bendera MERAH PUTIH. Raja Melayu mempunyai 4 orang bini (4 orang istri) dan banyak anak

    Pangeran Parameswara pindah ke Singapura untuk menghindari perang saudara di antara anak anak Raja. Pangerang Paramewara membawa bendera MERAH PUTIH ke Singapura.

    Indonesia dan Singapura masih menggunkan bendera MERAH PUTIH sampai sekarang untuk menghormati budaya Melayu

    Beberapa Kerajaan Melayu tertentu di Malaysia juga menggunakan bendera MERAH PUTIH dengan gambar bulan bintang atau gambar kris hijau di dalam bendera MERAH PUTIH, supaya tidak terjadi perang saudara di antara sesama kaum Melayu pada waktu itu

    Setelah dan selepas kemerdekaan Malaysia, bendera JALUR GEMILANG dijadikan bendera Malaysai, padahal bendera JALUR GEMILAN dijiplak (COPY) dari bendera USA

    Berakhir dengan MALAYSIA IS TRUELY ASIA AND INDONESIA IS TRUELY MELAYU

    Wasallam

    Haji Muhammad Abdullah
    Jakarta Indonesia

  2. Anonymous says:

  3. Haji Muhammad Abdullah:

    Buktikan dulu di Indonesia kalau indonesia itu trully Melayu dengan menukarkan istilah bahasa Indonesia ke nama aslinya bahasa Melayu. Juga akui bahawa Melayu itu adalah RAS bukan hanya nama suatu suku yang tinggal di pesisir sumatra. Juga, mohon akui Malay archipelago itu bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, menjadi Kepulauan Melayu.

    Jika Indonesia bisa, silakan mengaku apapun yang anda mahu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.