Gadis Melayu jadi hamba seks bapak ayam Mat Bangla

on Tuesday, September 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

 Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

 Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

 “Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya. Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

 “Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya. Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

 Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

 Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan


6 Responses

  1. mk says:

    Yang pi ikut mat bangla apa hal ?

  2. Yang salah wanita melayu,kononnya mat bangla @warga asing lebih baik..dh mcm tu jd kenapa minta tlg org kite..teruskanlah..dh jd roti kirai siapa yg hendak,..

  3. Salah perempuan tu sendiri..puii

  4. Unknown says:

    Macam tak boleh beza muka dan pertuturan orang Melayu dengan Bangla. BODOH! Padan muka kena rogol. Asal D7 sudah tahu, anggap kes selesai. Jahanam lah kau Bangla dalam lokap.

  5. Anonymous says:

    aku pon setuju bila perempuan melayu jgn pilih lelaki melayu jer.. drpd bangla, india kat malysia pun ramai yg ok n good in terms of character. aku melayu tp aku suggest mcm ni... n semua kat malaysia ptt hidup aman n harmoni seperti negara lain, mereka boleh kahwin tanpa mengira agama...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.