MALINDO Airways dilancarkan ,bakal beri saingan Air Asia

on Wednesday, September 12, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang dikenali sebagai Malindo Airways.

 Najib berkata, syarikat penerbangan itu, adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2. Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.



 “Pada pendapat saya, akronim MALINDO – gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

 “Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya,” kata Najib selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat itu di sini.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    tahniah. biar ananda rasa kerana ketegaq. orang dah buat KLIA 2 dia dolak dalik lagi. sekurang-kurangnya KLIA tak rugi. hutang airpot air asia bila nak beres?

  2. Anonymous says:

    padan muka pariah tu..... konon kasik comment tak terjejas. pi rah mabok pariah. ko berambus ke Indon ada 10 lagi akan mari ke KLIA2. dan Malindo akan menjatuhkan Air Asia nanti.... padan muka ko!

    p/s: that pariah tony lps ni tak blh besor kepala sgt la. tp air asia mmg sial la..... aku lmbt seminit jer dah tak blh masuk.... takde peri kemanusiaan lansung..... lps go to hell... sape nak naik kapal terbang buruk air asia tu

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.