Mengapa Pemuda PAS cepat sangat nafi jika berlaku provokasi esok ?

on Thursday, September 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dewan Pemuda PAS memberi jaminan Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. yang diadakan esok akan berlangsung dalam keadaan aman dan bebas daripada sebarang unsur provokasi.


Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sayap Pemuda telah mengarahkan Jabatan Amal parti itu agar mengawal himpunan agar ia berlangsung dengan aman dan terkawal.

 "Sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan daripada Dewan Pemuda PAS. "Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh Jabatan Amal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 Beliau berkata Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan amal bagi membantah penghinaan ke atas Rasulullah dan ia akan berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokasi.

 "Katakan tidak kepada apa jua bentuk provokasi. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.

 "Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya,” katanya.

 Nasrudin turut menyeru peserta himpunan berkenaan daripada melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan Amal atau pasukan Peguam Dewan Pemuda PAS yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang hadir.

 Mengulas lanjut mengenai Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. beliau berkata ia bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. "Peserta akan bergerak menuju ke Kedutaan Amerika sambil himpunan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa Naib Presiden dan pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS.

 "Kita akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap filem jijik yang menghina Rasulullah yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Himpunan ini akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang," katanya.


Komen GPB

Agak pelik juga mengapa Pemuda PAS terus nafi awal-awal provokasi bukan dari mereka jika berlaku esok ? Apakah Pemuda PAS sudah mengaku awal  gagal untuk mengawal tindak tanduk ahli mereka ?

Kita tunggu dan lihat esok ..kot ada yang berguling atas jalan ke ..hahaha


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.