Biadap ! DAP kata buang masa & tenaga bantahan filem hina Islam !!

on Tuesday, September 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 "Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam." Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini. Kata Khairy,

"Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam." 



 Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

 "Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi.

 Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile.
Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"

 Kelmarin, Khairy memberi kenyataan bahawa Pemuda Umno sedang merancang mengadakan demonstrasi membantah filem Innocense of Muslims Jumaat ini. Pergerakan itu turut mempelawa Pemuda Pas agar sertai bersama.


Komen GPB

PAS ada berani hentam DAP pasal kenyataan Ngeh yang biaDAP ini ?? Anggap bantahan umat Islam sebagai membuat masa... memang dah melampau pemimpin parti chauvinis ini .

Ternyata mereka cukup tak sensitif perasaan umat Islam dalam isu filem yang menghina Nabi Muhammad ini .Negera seperti Russia pun mahu mengharamkan filem ini tapi rupanya di Malaysia ada parti yang seolah-olah ketawa pulak dengan bantahan oleh umat Islam ini .


One Response

  1. Anonymous says:

    Parti DAP nih mmg kurang Ajar.. Selama ini pun PAS menjadi budak suruhan merangkap balaci yang setia.. Itu pun masih xsedar diri..

    zoRRo...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.