Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor. Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet. Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.
Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'. Ketika dihubungi Malaysiakini semalam,- MALAYSIAKINI
Ini salah satu lagi propaganda pembangkang yang cuba melaga-lagakan PM dan TPM . Memang desperado betul pembangkang memainkan isu dan dihangatkan pulak oleh Malaysiakini . Isu ini sudah basi dimainkan pembangkang sebelum ini tapi kali ini dicetak pulak poster /risalah palsu .
Setakat risalah bodoh ini sapa pun boleh bikin , tapi demi menutup masalah dalaman yang lebih parah ..mereka dah terdesak untuk mainkan cerita bangang ini .
GPB difahamkan Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.