PANAS ! Pertandingan Ratu Cantik Pondan di negeri PAS diserbu !!

on Tuesday, September 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tak sangka GPB , di negeri ditadbir kerajaan PAS pun dah berani geng Pondan aka Mak Nyah  ini buat satu pertandingan Ratu Cantik . Bikin pulak di kawasan bandar Sungai Petani  ..parlimen Joe Bedul ..

Mujur lah orang awam dekat situ  tak mahu bersekongkol dengan benda2 haram ini dengan pantas  membuat laporan kepada pejabat agama.  Kalau tiada laporan ini , entah apa  la nak jadi malam tu ...

Cuma yang GPB tak boleh tahan tu , daripada 30 pondan malam itu lari lintang pukang bila diserbu ..hanya 8 sahaja dapat dicekup . Maknanya pondan-pondan ini  lagi kuat dak bertenaga daripada pengawai agama , MPSP dan Jabatan Imigresen ...hahaha...



Lebih 30 pondan bergaya dalam pertandingan ratu cantik mak nyah di sebuah hotel berhampiran Taman Ria Jaya, di sini, bertempiaran lari selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu tempat berkenaan, malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam, sepasukan anggota PADKM menerima maklumat orang awam yang memaklumkan satu pertandingan ratu cantik mak nyah berlangsung di dewan hotel berkenaan. 

 Pegawai Penguat Kuasa PADKM, Zaiferi Zainul Abidin, berkata serbuan membabitkan seramai 21 anggota terdiri anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK), penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Jabatan Imigresen. 



 Katanya, kehadiran pihak berkuasa dikesan pengawal keselamatan yang berjaga di hadapan pintu dewan berkenaan yang segera bertindak memberitahu pihak penganjur menyebabkan semua pondan terbabit cuba meloloskan diri melalui pintu belakang. 

 “Ketika intipan dibuat semua pondan terbabit sedang bergaya bagi merebut beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Miss Favourite, Best Hair, Best National Costume, Body Beautiful, Miss Cute, Best Make Up dan Catwalk.

 “Dalam keadaan kelam-kabut itu hampir 30 pondan yang cuba meloloskan diri sanggup berkaki ayam serta terjun dari tangga bagi mengelak ditahan. “Semua pondan itu lari ke kawasan padang golf dan tasik berhampiran hotel itu dan terus menghilangkan diri di dalam gelap, namun kami menahan lapan mak nyah terbabit dalam acara berkenaan selepas gagal melarikan diri,” katanya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.