BELUM JADI YB , CALON PAS DAH BOHONG ADA HUBUNGAN KELUARGA TS AZIZAN

on Friday, October 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KELUARGA ARWAH TAN SRI AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG

CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.



PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bukan penduduk Sungai Limau sahaja yang ditipu, malah seluruh negara ditipu calon PAS ini........kalau hendak pilih juga calon yang sudah mula menunjukkan belangnya terpulanglah.......

  2. Anonymous says:

    Nanti pas akan guna ayat alquran mengatakan mereka memang ada pertalian keluaga. pas oh pas

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.