700 ahli PKR Ipoh Barat keluar parti sebab keceluparan mulut pemimpin PKR

on Monday, March 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Anwar hanya bijak menabur janji saja kepada kaum India tetapi
lihat apa jadi kepada Kg Buah Pala ?


Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh


utusan malaysia


Krisis PKR kini semakin meruncing dan sebelum ini kita hanya lihat pemimpin mereka sahaja meninggalkan parti tetapi kini ahli-ahli mereka juga sudah mula angkat kaki . Hari ini Ketua AMK Cabang Ipoh Barat , V Subramaniam bersama rakan-rakannya dalam cabang Ipoh Barat mengumumkan secara rasmi keluar parti .

Selain kecewa dengan dengan kepimpinan pusat dan bahagian, beliau juga kesal dengan sikap kebiadapan mulut Ketua Cabang Fauzi Muda yang didakwa pernah melabel agama Hindu sebagai Paria . klik di sini

Fauzi Muda ini memang cukup dikenali tahun lepas kerana akuan bersumpah bodohnya di Mahkamah Sesyen iaitu beliau mendakwa pernah dijanjikan RM 50 juta oleh pemimpin BN .

PB lihat dengan keluarnya ahli PKR yang terdiri daripada kaum India di Ipoh Barat ini menandakan mereka kini sudah semakin sedar akan pembohongan oleh Hindraf ,DAP dan PKR.
1 Malaysia iaitu gagasan kerajaan Datuk Seri Najib kini mula mendapat sokongan dan perhatian daripada kaum India di negara.

Parti yang tidak tahu buat kerja dan hanya menaburkan kebencian kepada kerajaan sebenarnya sebuah parti yang tidak akan kekal lama dan akhirnya rakyat akan tahu juga bahawa mereka sebenarnya gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu , pada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, 19 % kaum India harus berfikir dan menilai semula kerja dan janji-janji Pakatan ketika dulu berkempen pada PRU 12. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu kaum India ini benci terhadap kerajaan .

Video keceluparan pemimpin PKR










6 Responses

  1. salam hormat bro

    konsep 1Msia nampak lebih meyakinkan drp slogan2 PR kerana "cakap serupa bikin"

  2. Anonymous says:

    Biasa la tu gendang lama umno dah dipalu menandakan pilihanraya berlaku.ini modal dan taktik umno bila ada PRK saja mesti ada ahli PR yang keluar parti berduyun2 lah yang masuk BN,taktik lapuk ketinggalan zaman ni pun nak dijadikan modal pilihanraya.pigi dah mabuk.rakyat dah celik mata hati untuk menilai mana satu bapak rasuah dan ibu segala maksiat dan kemungkaran.Lepas ni tak henti2lah media talibarut munafik umno ni main peranannya untuk mengelirukan rakyat dengan fitnah2nya sama jugalah dengan penjilat2 punkoq umno spt AYT,PG,TM,M.I.M ni mainkan peranan sebagai penyebar fitnah (berbayar).penuh le poket kome ye yeop.

  3. Anonymous says:

    Minta maaf. sy tidak berpihak kpd siapa. Tapi yang sy tengah dlm video tersebut ialah "ITU pariah" dan bukannya "HINDU Pariah". Harap sedar.

  4. Anonymous says:

    anon 12.48

    tak payah la anda cuba menegak benang yg basah lagi ...

    Ibu dan bapak segala rasuah itu ada dlm PKR dan dia menuduh orang lain mcm dia sendiri tidak buat perkara itu ..

  5. Anonymous says:

    dont be stupid la wahai umat malaysia yg cendikiawan....tak usahlah terpengaruh dengan dakyah dayus dan tidak bertamadun pkr.....sebagai rakyat malaysia yg waras dan mendukung tinggi perlembagaan negara,kita harus tahu menilai yg mana intan dan juga yang mana tahi kucing....sama-sama lah berfikir sejenak untung ruginya negara dijajah oleh pihak-pihak yg hanya mementingkan diri sahaja...wasalam

  6. Anonymous says:

    betul kata Anon8:48 di atas ...pemimpin yg tak bermoral yg dikaitkan dgn salah laku seks serius,...yg pro kpd keselamatan Israel dan ingin membawa politik pluralisme-liberalisme yg sekarang dah menular ke rantau ini adalah wajib ditolak...tq!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.